Sunday, January 13, 2019
I'm back?
I'm back?
13 January 2019
Aku tidak pasti sama ada aku masih mempunyai pengikut di dalam kancah Blogger ini.
Tapi apa yang aku pasti, aku sendiri sudah mula perlahan dalam dunia Blogger ini.
Mungkin kerana seiring dengan pengedaran masa dan masyarakat sekarang yang lebih suka 'membaca' dan menjadikan facebook sebagai medium utama mereka.
Ya, aku lebih selesa menulis di Facebook, dan agak menyedihkan aku semakin lupa blog aku.
Tetapi baru-baru ini aku merasakan aku perlu untuk mengemas kini blog aku untuk generasi aku sendiri.
Bersyukur.
Seperti semua sedia maklum, Bapa aku meninggal dunia pada 2 tahun lepas, dan ramai juga tahu bertapa rapatnya hubugan aku dengannya. Tetapi aku juga manusia biasa, mempunyai sifat pelupa.
Alhamdulilah, sepanjang hayat arwah dia seorang penulis Blogger, banyak kisah yang aku lupa dapat aku ingat semula dengan membaca nukilan nya di Blog orangkecilorangbesar.blogspot.com
Jadi dengan itu, demi generasi aku akan datang, aku akan terus menulis juga di blog.
Tetapi dek kerana sudah banyak nukilan aku tulis facebook, pembaca semua akan menjadi sedikit "glish" kerana aku akan re-post semua nukilan aku di facebook di dalam blog ini. Mungkin beberapa cerita tidak akan sama dengan masa yang berlaku.
Harap pembaca dapat faham dan menerima khilaf aku ini
Terima Kasih semua...
I'm Back!
Friday, April 21, 2017
Kerja Amal X Charity
Sumbangan Ayah sehingga sekarang
Assalam,
Esok genap sebulan ayah pergi meninggalkan ku.
Masih terasa ayah masih ada.
Mungkin jasad sudah tiada, tapi ajarannya sentiasa aku bawa bersama.
Kata Sahabat Ayah kepada ku beberapa tahun yang lalu, “dua
benda bapa ang tak pernah tinggal sepanjang aku kenal dia, Satu dunia
pemotoran, kedua anak yatim (kerja amal)”
Ya Arwah Ayah sudah berjinak dengan dua bidang ini sejak
dari usia muda lagi.
Tetapi entry kali ni aku lebih nak ceritakan Kerja Amal ayah
dan bagaimana aku mula mengikutinya.
Sejak kecil lagi aku sudah mengikuti NGO ayah ke Semenanjung
Malaysia untuk melakukan Kerja-kerja Amal.
Antaranya NGO aku ingat aku pernah follow ayah ialah geng
Suzuki, geng sbk, geng motor lama, geng skuter
dan geng Warga Kilang.
Aku pun tak tahu kenapa ayah suka dan aktif sangat dalam
bidang ni. Ketika kecil dulu, aku selalu fikir kerja ni membebankan, sebab nak
kena pikul beras masuk kampung, nak kena deal dengan orang yang banyak karenah
dan berlagak dan pelbagai ada satu kali tu kaki ayah berdarah (melecet) sebab
pakai kasut boot lama sangat.
Ayah pernah berpesan pada ku, Tak semua orang mampu nak
melakukan kerja amal, ada orang senang melalui duit, tapi susah melalui masa
dan tenaga, ada orang susah melalui duit tapi senang melalui masa dan tenaga.
Ayah juga bijak dengan prinsipnya, ayah tidak membantu apa
yang sudah ada, ayah mencari apa yang mereka tiada. Contohnya, orang kalau nak
membantu mesti beli Quran, mesti beli kurma, kalau semua orang beli benda tu,
sapa nak tolong dari segi pakaian, pengangkutan malah air bersih seperti water
filter sekalipun.? Sebenarnya ini adalah ajaran tokwan aku, dia selalu sedekah
gayung (cebok) atau selipar jepun untuk surau dan masjid. X perasan ke kat masjid
Aircond kemain banyak tapi selipar dan gayung berebut. Satu lagi sedekah ikut
kemampuan juga. Kalau mampu banyak Alhamdulilah, kalau mampu sedikit atau mampu
sumbang tenaga pun Alhamdulilah.
Dari situ juga aku mula faham pelbagai benda, apa fungsi
kita sebagai khalifa di muka bumi ini,
Kalau semua orang
main peranan masing-masing dunia akan lebih baik.
Cerita pasal orang yang berlagak pula - beberapa tahun lepas
ketika aku masih di awal alam sekolah menengah, aku follow ayah dan sahabatnya
masuk sebuah kampung ni sebab nak bagi bantuan kepada orang susah. Sebelum
masuk ke daerah kampong tu ayah dan beberapa kawannya pergi mengadap adun/tok
ketua kawasan situ dengan niat meminta kebenaran nak memberi bantuan kepada
orng susah di kawasannya. Tapi dengan lantangnya, adun/ tok ketua kawasan situ
cakap kawasan dia x da pun orang susah, padahal salah satu rumah yang kami
tolong tu pampers pakai buang anak dia pun dia basuh pakai balik.
Situasi ni yang buat aku F* system, bukan nak kata aku nak
hidup anarchy atau anti-gov tapi kalau semua orang main peranan, masalah macam
ni dapat dikurangkan, ni yang kaya terus kaya, yang miskin terus miskin.
Belum lagi aku cerita, bekas-bekas rumah anak yatim yang
ayah pernah jaga atau rumah anak yatim lain yang menyalahgunakan duit
sumbangan, ada juga yang berlagak meminta dana umpama ngo ayah ni penyumbang
utama tanpa sedar bahawa kami CUMA PENGANTARAAN. Benda ni paling aku benci dan
takut. Bukan apa, Penjaga yang buat problem, budak2 yang tak bersalah jadi
mangsa.
Tak TAKUT ke makan harta anak yatim.? Cuba baca Surah
An-Nisa ayat 10 tengok.
Setelah bergerak dengan NGO2 lain, Alhamdulilah Arwah Ayah, Ibu, Makcik dan sahabat2 mereka bejaya tubuhkan NGO Komuniti Amal Taiping (KaT) pada tahun 2013.
Cukuplah panjang lebar aku meluah perasaan, kita kembali
pada topic asal
Alhamdulilah aku juga giat bergerak aktif dengan NGO2 lain
yang bukan bawah lead ayah. Antaranya ialah Geng2 aku sendiri, bawah kolej aku
dan Dapur Jalanan Ipoh serta aktivis alam sekitar yang aku baru sertai.
Aku juga menjadi Timbalan President kepada Khidmat
Masyarakat KPTM ipoh kelas DMM0423, dan baru-baru ini adalah projek sulung kami
iaitu membersihkan Pantai Teluk Senangin. Idea asal kami adalah ingin
membersihkan Zoo Taiping supaya kami dapat mempelajari pengalaman baru. Walaubagaimanapun
idea kami ditolak oleh pengarah ekoran pelbagai virus dan penyakit dari
binatang yang menular sekarang.
Kami juga tidak memilih rumah anak yatim dan orang tua
kerana ini risau projek ini tidak Berjaya ekoran ini adalah projek besar
pertama kami dalam masa sama aku juga ingin merasa benda lain ekoran aku sudah
biasa dan masih lagi mengikuti KAT dalam menjaga(perantaraan) rumah2 anak yatim
serta rumah orang tua.
Apabila Kerja Amal dijadikan subjek, tidak semua orang dapat
menerima pada mulanya. Lebih-lebih lagi orang yang tidak biasa ingin terus
lompat ke projek yang lebih besar.
Alhamdulilah Komuniti Amal Taiping juga telah memberi
sumbang yang sedikit sebanyak dapat membantu program kami.
Program yang dijalankan pada 9 April yang lalu telah
berjalan dengan lancar dan jayanya.
Terima Kasih jugak kepada Majlis Pembandaraan Manjung yang
turut serta jayakan program ini.
Terima kasih ayah kerana menjadi mentor dan idola aku untuk
meneruskan kerja-kerja amal ini.
Semoga aku dapat meneruskan legasi ayah.
Insyallah, Amin.
Al-fatihah untuk beliau
Hakim Lukman
p/s – Barangsiapa yang mempunyai niat untuk menyumbang
kepada Rumah Anak Yatim atau Rumah Orang Tua bawah pantauan kami terutama bagi
bulan Ramadhan yg sudah dekat ini boleh refer gambar untuk maklumat lebih
lanjut.
Terima Kasih
Tuesday, April 4, 2017
Ayah - Sahabat, Guru, Hero dan Segalanya
Ayah - Sahabat, Guru, Hero dan Segalanya
Lukman Bin Wan Mat Daud ( 12 Oktober 1967 - 22 March 2017)
Assalam,
Kepada yang masih
belum mengetahui, Ayah aku Lukman Bin Wan Mat Daud telah kembali ke rahmatullah
pada 22 March yang lalu.
Maaf x update awal2 disini. Aku lebih aktif menulis
di fb.
Sedikit Cerita tentang
Arwah Ayah
(Diambil dan disunting
semula daripada fb aku Hakim Eldy -22
March 2017)
Hari Ke -14 ayah
meninggalkan ku.
Alhamdulilah arwah ayah sudah selamat dikebumikan,
Kenduri tahlil yang
berlangsung juga berjalan dengan lancar.
Hari-hari ku bermula dengan membaca pelbagai cerita psl ayah. Hampir semua sahabat ayah menulis tentang ayah. Majoriti tentang kerja amal ayah.
Tidak kurang juga
cerita tetang motorsport dan osha ayah.
Hubungan ayah dan aku bukan stkt bapa dah anak. Tapi lebih kepada sahabat dan guru. Apa dia minat aku minat. Motorsport, Hobby Collector, Sastera Melayu, Politik, Bola dan semua lagi la kami di genre yang sama.
Sehinggakan kami tiada
rahsia antara kami.
Cuma ayah kerap berahsia tentang kesihatannya. Aku smpi skrg tidak tahu tahap dan stage sebenar kesihatan ayah.
Ayah cuma berharap aku tidak mengulangi kesilapannya.
Ayah berpesan belajar
dari kesilapan orang lain, kalau belajar dari kesilapan sendiri dah terlambat.
Salah satu pesannya yg paling aku x bleh lupa ialah 'yang menjaga kita di dunia ini adalah takut dan malu'
dan
'hidup ini kalau x
boleh senangkan orang, jangan susahkan orang'
Segala cerita dan
ajaran ayah telah menyelamatkan aku dan kawan2 aku dalam pelbagai situasi.
Dimana cerita ini aku akan tulis dalam entry yang lain.
Ya aku sedikit terkilan tentang permergian ayah dalam masa yg singkat ini. Kerana bnyk benda aku x buat lagi dengan ayah.
Ayah x sempat nk tngk aku graduate.
Ayah x sempat nk tngk
aku bina empayar.
Ayah x sempat nak tngk
aku kahwin
Aku pun x sempat hadiahkan ayah Norton 500 Single idamannya
Aku pun x sempat
hadiahkan LandRover Hundred Ten idamannya
Aku x sempat ride
dengannya ke Thousands Corner MSH Thailand
Tapi aku percaya Allah
S.W.T sebaik baik perancang. Mungkin dah smpi masanya aku lebih rapat dengan
ibu.
Buat Ayah terima kasih atas segalanya
Terima kasih atas
ajaran engkau tentang segalanya sama ada formal dan unformal
Terima kasih atas kata
kata puitis engkau
Terima kasih atas
segala preparation engkau.
Engkau tinggalkan kami
dengan bekalan segalanya yang cukup.
Terima kasih kerana
menjadi Bapa dan Suami yang terbaik buat aku dan ibu
Damailah engkau di
Kerajaan baru.
Selamat berehat.
Akan aku bawa nama
engkau dan sambungkan legasi engkau dengan bangga dan jayanya.
Until we meet again.
Sir.!
Sayangku dari jauh.
Muhammad Nur Hakim bin
Lukman
Saturday, January 21, 2017
Cara-cara Menjaga Anak Kucing Piatu
Cara-cara Menjaga Anak Kucing Yang Kehilangan Ibunya.
Bismillah,
2017 ni masuklah aku kealam kancah umur 20an, 2017
juga adalah tahun akhir aku di KPTM ipoh, dan tahun akhir merasa tinggal di
rumah sewa bersama homies yang paling sempoi.
Okay beberapa hari lepas semasa aku ‘check in’ balik
rumah sewa aku ni. Aku dikejutkan dengan penghuni baru didalam rumah aku.
Rupanya kucing yang kami jaga dari tahun lepas sudah beranak. Yang hairannya
bila dia bunting.? ‘AwaK’ (nama kucing kami) melahirkan tiga ekor anak kucing
jantan yang comel2.
Dua ekor bewarna Jingga, dan seekor bewarna putih. Bagaikan
mendapat cucu kami sangat gembira dan masing2 nak claim bagi nama. So nama anak
Awak ialah Garfield, Din (nama penuh dangerous), dan Tom Peanutbutter.
Tetapi satu malam Awak keluar dan tidak pulang2. Kami
ingat perkara biasa, sebab awak selalu ikut dan dia ja nak check in bila dan
AwaK sangat terrer curi curi masuk rumah.
Selang 2-3 hari AwaK tidak balik2 juga. Anak2nya pun
dah mengiaw dengan sangat kuat menandakan lapar.
So kesian punya pasal aku pun buat la research skit.
Message orang tu message orang ni. Cari tips nak jaga. Aku juga cari orang untuk adopted kucing ni.
Manalah tahu dapat orang yang lebih layak untuk jaga.
Alhamdulilah ramai orang sudi membantu. Ramai yang
bagi tips yang sangat membantu. Terima kasih buat page FB Geli Geli Kucing,
page Twitter Kucing Jalanan, dan kawan2 wechat fb insta semua yang sudi
membantu. Tidak lupa juga orang yang sanggup buat video and upload dekat
youtube.
Betullah kata ayah, manfaatkan Media Sosial.!
So aku pun nak share la dengan korang cara-cara jaga
anak kucing piatu yang aku belajar.
Tips pertama dari aku sendiri, cari orang yang bleh
adopted kucing ni. Sebab mungkin dia lagi layak.
Kedua, tips dari mana2 page pun, Cari Ibu kucing
lain untuk menumpang susunya. Kira cari Ibu susuan la.
Kalau semua tips diatas tidak Berjaya, dan korang
kena jaga sendiri. Korang kena ready dari segi duit dan mental kena kuat. Sebab
pelbagai perkara korang kena titik beratkan.
Ok ayuh.
Tempat Tinggal
1) Perkara
pertama ialah Tempatkan di tempat yang bersih, selesa, lembut dan tidak direct
dengan cahaya matahari
2) Anak
kucing yang berusia seminggu ini buta dan pekak, pastikan tempat untuk letak
diaorang secure dari segala ancaman dan kemungkinan yang bahaya
3) Pastikan
suhu tempat itu juga sesuai, kerana ibu kucing selalunya ‘cuddle’ anaknya.
4) Cara
cara nak pastikan kucing dapat suhu yang sesuai ialah dengan cara, botol tebal,
kain tebal atau air panas. (jika perlu)
Makanan
1) Okay
sebut pasal makanan mesti kita fikir susu kan. Rupanya anak kucing tidak sesuai
minum susu selain susu kambing atau susu rumusan khas untuk kucing, kiranya
susu kotak dutchlady tu tak sesuai la. Sebab susu tu ada lactose yang tinggi.
Kucing adalah lactose intelorence maknayanya
dia tak boleh nak hadam lactose (kandungan dalam susu berasaskan lembu.
2) Jadi
kami serumah collect duit dan beli susu kucing dekat kedai haiwan sebelah aeon
kinta/aeon jj ipoh. Susu yang ditawarkan oleh kedai haiwan itu ada dua jenis,
iaitu jenis tepung perlu dibancuh (rm14) dan jenis dah siap bancuh (rm9.50).
Kami memilih susu yang sudah siap
dibancuh berserta botol susu untuk kucing yang berharga rm 8.90
3) Anak
kucing yang baru dilahirkan kena bagi makan setiap 4-6jam. Tetapi dengan kadar
yang tidak kerterlaluan.
4) Disebabkan
susu yang kami beli itu agak sejuk. Kami letak air panas sekeliling botol susu
untuk kasi susu tu suam.
5) Cara
nak bagi anak kucing ini minum ialah kita letak puting botol susu dekat mulut
dia, bila dia minum, kita terbalikan dia.
Pembuangan Air
1) Langkah
ketiga ini adalah yang paling penting, sebab anak kucing ni masih tak pandai
nak buang air.
Kalau ibu kucing, selepas menyusu
dia akan menjilat genital anak kucingnya untuk merangsangkan agar anak kucing
itu kencing.
2) Kita
boleh memastikan anak kucing ini kencing dengan mengelap genital anak kucing
itu dengan tisu basah atau kain basah. Lap dengan perlahan lahan sehingga anak
kucing itu kencing.
3) Langkah
ini sangat penting. Agar anak kucing itu tidak sakit dan selesa.
Extra tips
1) Jika
anak kucing itu seekor saja, carinya kawan, sebab anak kucing yang membesar
keseorangan cederung untuk hidup lebih agresif.
2) Kucing
yang baru dilahirkan pekak dan buta. Jangan letak dekat tempat yang bising, dan
jangan paksa kucing buka mata. Biar matanya terbuka sendiri. Selalunya seminggu
dua matanya akan terbuka.
3) Selepas
4 minggu, anak kucing ni dah bleh start makan wetfood. Tapi jangan paksa dia,
biar dia yang nak.
4) So
yang paling penting ialah persekitaran, pemakanan, dan pembuangan air.
Alhamdulilah semua tips diatas yang
dishare kan oleh pelbagai pihak sangat berguna. Kucing kucing kami pun mempunyai peluang yang cerah untuk hidup sihat.
Tapi yang lawaknya selang dua tiga
lagi, ibu kucing kami (AwaK) baru pulang rumah. Hampeh btul Awak ni. Mungkin
AwaK sesat kot, kita tak tahu. Tapi Alhamdulilah la, AwaK pulang, jimat sikit
duit kami dan kurang sikit tanggungjawab kami.
Semoga tips ini dapat membantu
orang lain yang senasib dengan kami
Hakim Eldy
Nak bela kucing kat umah sana tapi
mak tak kasi.
Sunday, October 2, 2016
Pasar Karat | Memory Lane | Loken IPOH, PERAK.
Pasar Karat | Memory Lane | Loken IPOH, PERAK.
Assalam,
Syukur ke hadrat
Illahi di atas dunia pinjaman yang serba serbi indah ini.
Aku dibesarkan
dalam family yang minat 'mengumpul'. Pelbagai benda kami kumpul, tidak tetumpu
pada satu jenis sahaja. Hobi ni disemai oleh bapa aku sejak dari kecil lagi.
Hari minggu kami dipenuhi dengan transaksi keluar masuk pelbagai barang. Sehinggakan
loteng di bilik lama aku tidak ubah seperti dalam cerita ‘The Pickers’.
Sebenarnya ni hobi aku dan ayah sahaja, ibu tidak beberapa gemar barang lama
ini dek kerana ia sedikit makan ruang di rumah kecil kami.
Kami juga menjual beli barang-barang collector kami. Bak kata Ayah
‘Setiap barang ada Harganya’ (jika
kena harga, Jalan.!)
Boleh lawat di blog kami - http://taipingpickers.blogspot.com/
ataupun di Fb kami – Taiping Pickers
Kalau kami ke Penang sahaja, destinasi yang wajib kami pergi ialah
ke Rope Walk, belakang Stadium Penang. Cuma sekarang ni Rope Walk sedikit ‘kureng’
disebabkan oleh kemasukan barang-barang baru dari China.
Kami juga berkesempatan ‘menyelam’ di Amcorp Mall, Kuala Lumpur.
Barang disini sedikit mahal kalau dibandingkan dengan Loken dan Rope Walk cuma lebih
selesa kerana bertapak di dalam Mall. Cerita lanjut tentang Amcorp Mall korang boleh lawat blog
Ayah aku - http://orangkecilorangbesar.blogspot.my/2013/10/amcorp-mall-pj-flea-market-pasar-karat.html
Jalan Raja Boat KL pun best jgk kalau nak ‘menyelam’ ni, cuma aku
masih tidak berpeluang ke sana.
Okay berbalik kepada Loken, pagi Ahad kalau rajin ditambah pula
tiada kerja dan tiada kenduri untuk dihadiri kami akan ke Loken, Ipoh atau juga
dikenali sebagai Pasar Karat / Memory Lane. Mengikut cerita Ayah, Memory Lane
ini dikenali sebagai Loken disebabkan terdapat kedai yang bernama ‘Lookin Good’
berhampirannya sekitar tahun 80-an. Ketika itu Ayah bersekolah di Sekolah
Izzudin Shah (1980-84).
Setibanya kami di Ipoh, ayah akan membawa kami makan di Food Court
berhadapan Masjid Negeri Ipoh untuk bersarapan. Roti Bakar bersama 2 biji telur
goyang sudah semestinya pilihan kami. Setelah sudah bersarapan Ayah akan
menghantar ibu ke Mall pilihan ibu, sama ada Ipoh Parade, Jaya Jusco (Aeon
Kinta) ataupun Greentown Mall (Angsana Mall) kerana ibu tidak beberapa gemar
menyelam bersama kami,
Disini aku sudah belajar ilmu pertama oleh bapa aku. ‘Win-win
Situation’ dan Tips pikat hati Isteri.
Kami pun berbalik kepada misi utama kami iaitu ‘Menyelam’. Kami
akan parking di tempat rahsia kami dibelakang kedai perabot (dimana sekarang
tidak lagi rahsia) dan melalui satu lorong di celah-celah kedai bermulah misi
kami.
Pelbagai ilmu aku pelajari disini. Ilmu tawar menawar, win-win
situation, nilai market sesuatu barang itu (mengikut tahun dan keadaan) serta
pelbagai strategi diturunkan oleh ayah kepada aku. Benarlah kata Malique dalam
lagu Mantera Beradu –
‘Ilmu terbaik datangnya dari Jalanan, dari
pengalaman Bercakap dan Bersalaman’
Setelah puas menyelam, kami akan ‘pick-up’ ibu di Mall dan kami
segera menyempurnakan misi ke-2 kami iaitu makan ‘Nasi Ganja’ dimana aku akan
cerita dalam Entry lain kali.
Hari ini aku berpeluang ke Loken bersama Housemate aku untuk
meneruskan tradisi ayah Pagi Selam Tengah Hari Nasi Ganja.!
Selaman di Loken dan Tawar Menawar berlangsung seperti biasa tanpa
gentar Cuma sedikit kurang tanpa Ayah.
Dengan keadaan ekonomi diri yang tidak seberapa ditambah pula Mara
tak masuk-masuk lagi aku mengambil keputusan untuk hanya membeli mainan Happy
Meal Disney Goofy bagi mencukupi koleksi Disney Three Musketeer aku.
Aku terpaksa melepaskan Poster Kayu David Beckham dan Hotwheel
Ford Escort Rally Eddition dimana keduanya amat penting dalam hidup aku.
Setelah selesai menyelam bersama kawan-kawan kami pun meneruskan
perjalanan ke Nasi Ganja, tetapi sayangnya panjang orang yang beratur untuk
mendapatkan nasi sepanjang tiga buah kedai !
Kami pun mengambil keputusan untuk makan di port kegemaran kami
iaitu di Kedai Alifullah di Ashby Road (seberang Angsana Mall)
Pembelanjaan aku hari ini –
Goofy Musketeer - Rm3 (sebelum tawar Rm5)
Air Kelapa cawan besar - Rm2
Nasi Goreng USA di Kedai Aliffullah Ashby Road - Rm4
Jus Epal Assam Boi – Rm1.50
Alhamdulillah
Semoga berjumpa di dalam Entry yang lain,
Hakim Eldy
Taiping Pickers
Rumah Sewa Taman Cempaka
Saturday, October 1, 2016
Restaurant Haji Sharin Low Grand
Restaurant Haji Sharin Low Grand, Ipoh, Perak.
Assalam setelah lama tak menulis, hari ni terasa nak menulis
balik.
Pertama sekali, syukur ke atas Allah S.W.T keatas nikmat
pinjaman ini. Bersyukur juga kedua ibu bapa ku masih sihat walaupun ayah
dikejarkan ke hospital baru ini kerana dahi terkoyak disebabkan jatuh dan terhantuk
dekat rak buku. Ditambah pula ayah kekurangan darah dlm badan. Tapi
walaubagaimanapun Alhamdulilllah ayah kembali mengajar seperti biasa setelah
discharge dari hospital.
Minggu ni aku tidak berpeluang pulang ke Kamunting dek
kerana assignment yang menimbun. Jadi ayah dan ibu datang melawat aku dengan
membawa stok bekalan nak hidup seperti maggi, milo, biskut dll. Ditambah pula ayah bwk roadtax baru sbb roadtax
ex5 aku dah mati dan geran pulak ade dekat taiping.
So mcm biasa, bila datang jumpa aku, ibu bapa aku mesti
bawak keluar makan sekali. Kali ni ayah bawa kami makan dekat kedai Chinese cuisine sebab ayah rindu nak
makan Prawn Butter. Family aku suka jugak mknn Chinese cuisine ni, bnyk
dah kami try, salah satu kedai yg kami makan ialah Radix Oriental Cuisine,
boleh refer dekat blog akak ni - http://halwasakeenah.blogspot.my/2009/11/radix-oriental-cuisine-your-halal.html
Kedai yang kami makan ni nama dia Restaurant Haji Sharin Low Grand. Kedai ni tak susah pun nak cari. Korang refer je alamat dekat gambar aku post ni.
Okay sebabkan kami tiga orang ja, ibu order simple-simple je
Ni lauk yang kami order. Air aku tak snap sebab air sama ja kat mana-mana.
Butter Prawn Milk
Kangkong Belacan
Jiang Chong Fried Chicken
Harga setiap hidangan (tidak termasuk jumlah keseluruhan dan GST)
Butter Prawn Milk – Rm28.00
Butter Prawn Milk – Rm28.00
Jiang Chong Fried Chicken – Rm18.00
Kangkong Belacan – 10.00
White Rice x 3 – Rm4.50
Chiness Tea (pilihan ayah) – 2.00
Carrot Milk Juice (pilihan saya)– 4.50
Water (saya lagi)– 0.50
Asam Boi Kastum (pilihan ibu)– 4.50
Teh Tarik (pilihan ibu, tapi saya yang perabih) – 2.00
Ya Allah, sembuhkahlah segala penyakit yang dihidapi oleh ibu dan ayah, kuatkan lah mereka dalam menjalani hidup mencari rezeki untuk membesarkan ku. Mempermudahkan segala urusan dan murahkan lah rezeki kami. Kuatkanlah juga aku untuk belajar demi ingin membela kedua ibu bapa ku di hari kelak.
Yang benar
Hakim Eldy
Brother Kuat Makan
Monday, April 4, 2016
Cinta Aku akan Dunia Sukan Pemotoran
Cinta Aku akan Dunia Sukan Pemotoran
Hari ini dunia dikejutkan dengan kemenangan Khairul Idham Pawi yg menaiki podium tempat pertama dalam moto3 di Argentina semalam.
Taniah Pawi, taniah Adam Norrodin yg menghabiskan perlumbaan dengan menolak motor, taniah Hafiz Syahrin kerana abih perlumbaan ditempat ke-6.
Kebetulan pula, saya baru sahaja menyiapkan sebuah poster untuk assignment Digital Photo Media yang bertajuk 'WE BELIEVE AGAIN'.
Poster ini perlu mengisarkan sebuah sukan yang boleh membeli semula kepercayaan orang ramai setelah melihatnya.
Seperti biasa, kerana dibesarkan dalam keluarga yang terlibat dalam bidang 'motorsport' saya memilih ia sebagai tema poster saya.
Pada mulanya, tema saya tidak diterima olah lecturer saya, kerana bagi beliau 'motorsport' adalah bukan sebuah 'sukan'.
Setelah beberapa kali 'argue' dan 'negotiate' bersama beliau akhirnya saya diberi kebenaran untuk melakukan poster ini.
Saya juga turut dimarahi oleh ibu saya kerana bagi ibu, saya tidak sepatutnya 'argue' bersama lecturer kerana bimbang ia boleh mempengaruhi markah dan result saya.
Tetapi seperti biasa juga, saya seorang yang 'degil' (maafkan adik ibu). Kerana bagi saya dengan kedegilan sayalah banyak benda unformal saya belajar. Pelajaran yang tak boleh belajar di mana2 sekolah. Pelajaran yang hanya kita boleh belajar dengan pengalaman.
Selain itu, saya juga ingin mengubah pandangan masyarakat terutama golongan 'berpelajaran' ini terhadap bidang motorsport.
Dari kecil saya sering disajikan dengan cerita ayah dimana ketika itu zaman ayah mengikuti motorsport ke luar negara.
Salah satu cerita beliau yg masih saya ingat ialah dimana barang motorsport dikenakan cukai, manakala barang lain terutama golf tidak dikenakan cukai.(ketika itu).
Hal ini kerana kebanyakannya orang yang bermain sukan golf ini terdiri daripada golongan bangsawan ataupun golongan politik.
Seorang rider boleh mendapatkan semula kepercayaan masyarakat dengan memenangi perlumbaan di persada dunia.
Artis boleh buat filem (mat moto.?).
Ahli politik boleh membina track rakyat atau menganjurkan program, sukan mahupun kempen. (sepatutnya)
Manakala saya sebagai pelajar dan peminat, ini sajalah usaha yang saya mampu lakukan untuk memenangi semula kepercayaan masyarakat terhadap bidang motorsport.
Semoga bidang motorsport di Malaysia lebih maju di masa hadapan dan berjaya melahirkan lebih ramai rider berkaliber yang boleh menyaingi rider2 berpengalaman di luar negara.
Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca cerita saya.
.: maaf jikalau poster saya ini tidak memenuhi kepercayaan anda. Saya masih amatur dalam menggunakan photoshop ini.
Hari ini dunia dikejutkan dengan kemenangan Khairul Idham Pawi yg menaiki podium tempat pertama dalam moto3 di Argentina semalam.
Taniah Pawi, taniah Adam Norrodin yg menghabiskan perlumbaan dengan menolak motor, taniah Hafiz Syahrin kerana abih perlumbaan ditempat ke-6.
Kebetulan pula, saya baru sahaja menyiapkan sebuah poster untuk assignment Digital Photo Media yang bertajuk 'WE BELIEVE AGAIN'.
Poster ini perlu mengisarkan sebuah sukan yang boleh membeli semula kepercayaan orang ramai setelah melihatnya.
Seperti biasa, kerana dibesarkan dalam keluarga yang terlibat dalam bidang 'motorsport' saya memilih ia sebagai tema poster saya.
Pada mulanya, tema saya tidak diterima olah lecturer saya, kerana bagi beliau 'motorsport' adalah bukan sebuah 'sukan'.
Setelah beberapa kali 'argue' dan 'negotiate' bersama beliau akhirnya saya diberi kebenaran untuk melakukan poster ini.
Saya juga turut dimarahi oleh ibu saya kerana bagi ibu, saya tidak sepatutnya 'argue' bersama lecturer kerana bimbang ia boleh mempengaruhi markah dan result saya.
Tetapi seperti biasa juga, saya seorang yang 'degil' (maafkan adik ibu). Kerana bagi saya dengan kedegilan sayalah banyak benda unformal saya belajar. Pelajaran yang tak boleh belajar di mana2 sekolah. Pelajaran yang hanya kita boleh belajar dengan pengalaman.
Selain itu, saya juga ingin mengubah pandangan masyarakat terutama golongan 'berpelajaran' ini terhadap bidang motorsport.
Dari kecil saya sering disajikan dengan cerita ayah dimana ketika itu zaman ayah mengikuti motorsport ke luar negara.
Salah satu cerita beliau yg masih saya ingat ialah dimana barang motorsport dikenakan cukai, manakala barang lain terutama golf tidak dikenakan cukai.(ketika itu).
Hal ini kerana kebanyakannya orang yang bermain sukan golf ini terdiri daripada golongan bangsawan ataupun golongan politik.
Seorang rider boleh mendapatkan semula kepercayaan masyarakat dengan memenangi perlumbaan di persada dunia.
Artis boleh buat filem (mat moto.?).
Ahli politik boleh membina track rakyat atau menganjurkan program, sukan mahupun kempen. (sepatutnya)
Manakala saya sebagai pelajar dan peminat, ini sajalah usaha yang saya mampu lakukan untuk memenangi semula kepercayaan masyarakat terhadap bidang motorsport.
Semoga bidang motorsport di Malaysia lebih maju di masa hadapan dan berjaya melahirkan lebih ramai rider berkaliber yang boleh menyaingi rider2 berpengalaman di luar negara.
Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca cerita saya.
.: maaf jikalau poster saya ini tidak memenuhi kepercayaan anda. Saya masih amatur dalam menggunakan photoshop ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)














