Cara-cara Menjaga Anak Kucing Yang Kehilangan Ibunya.
Bismillah,
2017 ni masuklah aku kealam kancah umur 20an, 2017
juga adalah tahun akhir aku di KPTM ipoh, dan tahun akhir merasa tinggal di
rumah sewa bersama homies yang paling sempoi.
Okay beberapa hari lepas semasa aku ‘check in’ balik
rumah sewa aku ni. Aku dikejutkan dengan penghuni baru didalam rumah aku.
Rupanya kucing yang kami jaga dari tahun lepas sudah beranak. Yang hairannya
bila dia bunting.? ‘AwaK’ (nama kucing kami) melahirkan tiga ekor anak kucing
jantan yang comel2.
Dua ekor bewarna Jingga, dan seekor bewarna putih. Bagaikan
mendapat cucu kami sangat gembira dan masing2 nak claim bagi nama. So nama anak
Awak ialah Garfield, Din (nama penuh dangerous), dan Tom Peanutbutter.
Tetapi satu malam Awak keluar dan tidak pulang2. Kami
ingat perkara biasa, sebab awak selalu ikut dan dia ja nak check in bila dan
AwaK sangat terrer curi curi masuk rumah.
Selang 2-3 hari AwaK tidak balik2 juga. Anak2nya pun
dah mengiaw dengan sangat kuat menandakan lapar.
So kesian punya pasal aku pun buat la research skit.
Message orang tu message orang ni. Cari tips nak jaga. Aku juga cari orang untuk adopted kucing ni.
Manalah tahu dapat orang yang lebih layak untuk jaga.
Alhamdulilah ramai orang sudi membantu. Ramai yang
bagi tips yang sangat membantu. Terima kasih buat page FB Geli Geli Kucing,
page Twitter Kucing Jalanan, dan kawan2 wechat fb insta semua yang sudi
membantu. Tidak lupa juga orang yang sanggup buat video and upload dekat
youtube.
Betullah kata ayah, manfaatkan Media Sosial.!
So aku pun nak share la dengan korang cara-cara jaga
anak kucing piatu yang aku belajar.
Tips pertama dari aku sendiri, cari orang yang bleh
adopted kucing ni. Sebab mungkin dia lagi layak.
Kedua, tips dari mana2 page pun, Cari Ibu kucing
lain untuk menumpang susunya. Kira cari Ibu susuan la.
Kalau semua tips diatas tidak Berjaya, dan korang
kena jaga sendiri. Korang kena ready dari segi duit dan mental kena kuat. Sebab
pelbagai perkara korang kena titik beratkan.
Ok ayuh.
Tempat Tinggal
1) Perkara
pertama ialah Tempatkan di tempat yang bersih, selesa, lembut dan tidak direct
dengan cahaya matahari
2) Anak
kucing yang berusia seminggu ini buta dan pekak, pastikan tempat untuk letak
diaorang secure dari segala ancaman dan kemungkinan yang bahaya
3) Pastikan
suhu tempat itu juga sesuai, kerana ibu kucing selalunya ‘cuddle’ anaknya.
4) Cara
cara nak pastikan kucing dapat suhu yang sesuai ialah dengan cara, botol tebal,
kain tebal atau air panas. (jika perlu)
Makanan
1) Okay
sebut pasal makanan mesti kita fikir susu kan. Rupanya anak kucing tidak sesuai
minum susu selain susu kambing atau susu rumusan khas untuk kucing, kiranya
susu kotak dutchlady tu tak sesuai la. Sebab susu tu ada lactose yang tinggi.
Kucing adalah lactose intelorence maknayanya
dia tak boleh nak hadam lactose (kandungan dalam susu berasaskan lembu.
2) Jadi
kami serumah collect duit dan beli susu kucing dekat kedai haiwan sebelah aeon
kinta/aeon jj ipoh. Susu yang ditawarkan oleh kedai haiwan itu ada dua jenis,
iaitu jenis tepung perlu dibancuh (rm14) dan jenis dah siap bancuh (rm9.50).
Kami memilih susu yang sudah siap
dibancuh berserta botol susu untuk kucing yang berharga rm 8.90
3) Anak
kucing yang baru dilahirkan kena bagi makan setiap 4-6jam. Tetapi dengan kadar
yang tidak kerterlaluan.
4) Disebabkan
susu yang kami beli itu agak sejuk. Kami letak air panas sekeliling botol susu
untuk kasi susu tu suam.
5) Cara
nak bagi anak kucing ini minum ialah kita letak puting botol susu dekat mulut
dia, bila dia minum, kita terbalikan dia.
Pembuangan Air
1) Langkah
ketiga ini adalah yang paling penting, sebab anak kucing ni masih tak pandai
nak buang air.
Kalau ibu kucing, selepas menyusu
dia akan menjilat genital anak kucingnya untuk merangsangkan agar anak kucing
itu kencing.
2) Kita
boleh memastikan anak kucing ini kencing dengan mengelap genital anak kucing
itu dengan tisu basah atau kain basah. Lap dengan perlahan lahan sehingga anak
kucing itu kencing.
3) Langkah
ini sangat penting. Agar anak kucing itu tidak sakit dan selesa.
Extra tips
1) Jika
anak kucing itu seekor saja, carinya kawan, sebab anak kucing yang membesar
keseorangan cederung untuk hidup lebih agresif.
2) Kucing
yang baru dilahirkan pekak dan buta. Jangan letak dekat tempat yang bising, dan
jangan paksa kucing buka mata. Biar matanya terbuka sendiri. Selalunya seminggu
dua matanya akan terbuka.
3) Selepas
4 minggu, anak kucing ni dah bleh start makan wetfood. Tapi jangan paksa dia,
biar dia yang nak.
4) So
yang paling penting ialah persekitaran, pemakanan, dan pembuangan air.
Alhamdulilah semua tips diatas yang
dishare kan oleh pelbagai pihak sangat berguna. Kucing kucing kami pun mempunyai peluang yang cerah untuk hidup sihat.
Tapi yang lawaknya selang dua tiga
lagi, ibu kucing kami (AwaK) baru pulang rumah. Hampeh btul Awak ni. Mungkin
AwaK sesat kot, kita tak tahu. Tapi Alhamdulilah la, AwaK pulang, jimat sikit
duit kami dan kurang sikit tanggungjawab kami.
Semoga tips ini dapat membantu
orang lain yang senasib dengan kami
Hakim Eldy
Nak bela kucing kat umah sana tapi
mak tak kasi.
1 comment:
Assalamualaikum cik.. Boleh sy tahu perkembangan kucing tu lepas dibagi susu tu? Sy tgah mengalami masalah yg sama.. Tp sy takut kalau susu yg sy bg tk bersesuian sbb penah alami situasi ni dulu.. Kucing tu mati mungkin sbb susu.. ðŸ˜ðŸ˜
Post a Comment