Wednesday, December 31, 2008

Koleksi Komik dan Majalahku

Koleksi Komik dan Majalahku

Selain dari buku bacaan, aku mempunyai banyak komik dan majalah sehinggkan aku mempunyai sebuah perpustakaan mini. Perpustakaan mini itu terletak di loteng bilik aku.

Antara kartunis-kartunis yang aku minati ialah Aoyama Gosho iaitu penulis/pelukis komik Detektif Conan, Yoshito Usui iatu penulis/pelukis komik Shin Chan dan Sukun iaitu kartunis dalam majalah Ujang, Tak lupa juga kartunis Dee dan Kak Alin dalam majalah kawan.

Hobi ini bermula dari darjah dua di mana aku mula mengumpul komik dan majalah seperti Komik Shin Chan, Doraemon, Detektif Conan, Jinggo, Lawak Kampus, Under 18, dan KO. Majalah pula seperti majalah Kawan, Ujang, Gempak dan Gila-Gila.

Sehingga kini aku mempunyai lebih dari 100 buah buku.

“Biar jadi ulat buku jangan jadi ulat bulu”


Hakim The Rookie