Ayah - Sahabat, Guru, Hero dan Segalanya
Lukman Bin Wan Mat Daud ( 12 Oktober 1967 - 22 March 2017)
Assalam,
Kepada yang masih
belum mengetahui, Ayah aku Lukman Bin Wan Mat Daud telah kembali ke rahmatullah
pada 22 March yang lalu.
Maaf x update awal2 disini. Aku lebih aktif menulis
di fb.
Sedikit Cerita tentang
Arwah Ayah
(Diambil dan disunting
semula daripada fb aku Hakim Eldy -22
March 2017)
Hari Ke -14 ayah
meninggalkan ku.
Alhamdulilah arwah ayah sudah selamat dikebumikan,
Kenduri tahlil yang
berlangsung juga berjalan dengan lancar.
Hari-hari ku bermula dengan membaca pelbagai cerita psl ayah. Hampir semua sahabat ayah menulis tentang ayah. Majoriti tentang kerja amal ayah.
Tidak kurang juga
cerita tetang motorsport dan osha ayah.
Hubungan ayah dan aku bukan stkt bapa dah anak. Tapi lebih kepada sahabat dan guru. Apa dia minat aku minat. Motorsport, Hobby Collector, Sastera Melayu, Politik, Bola dan semua lagi la kami di genre yang sama.
Sehinggakan kami tiada
rahsia antara kami.
Cuma ayah kerap berahsia tentang kesihatannya. Aku smpi skrg tidak tahu tahap dan stage sebenar kesihatan ayah.
Ayah cuma berharap aku tidak mengulangi kesilapannya.
Ayah berpesan belajar
dari kesilapan orang lain, kalau belajar dari kesilapan sendiri dah terlambat.
Salah satu pesannya yg paling aku x bleh lupa ialah 'yang menjaga kita di dunia ini adalah takut dan malu'
dan
'hidup ini kalau x
boleh senangkan orang, jangan susahkan orang'
Segala cerita dan
ajaran ayah telah menyelamatkan aku dan kawan2 aku dalam pelbagai situasi.
Dimana cerita ini aku akan tulis dalam entry yang lain.
Ya aku sedikit terkilan tentang permergian ayah dalam masa yg singkat ini. Kerana bnyk benda aku x buat lagi dengan ayah.
Ayah x sempat nk tngk aku graduate.
Ayah x sempat nk tngk
aku bina empayar.
Ayah x sempat nak tngk
aku kahwin
Aku pun x sempat hadiahkan ayah Norton 500 Single idamannya
Aku pun x sempat
hadiahkan LandRover Hundred Ten idamannya
Aku x sempat ride
dengannya ke Thousands Corner MSH Thailand
Tapi aku percaya Allah
S.W.T sebaik baik perancang. Mungkin dah smpi masanya aku lebih rapat dengan
ibu.
Buat Ayah terima kasih atas segalanya
Terima kasih atas
ajaran engkau tentang segalanya sama ada formal dan unformal
Terima kasih atas kata
kata puitis engkau
Terima kasih atas
segala preparation engkau.
Engkau tinggalkan kami
dengan bekalan segalanya yang cukup.
Terima kasih kerana
menjadi Bapa dan Suami yang terbaik buat aku dan ibu
Damailah engkau di
Kerajaan baru.
Selamat berehat.
Akan aku bawa nama
engkau dan sambungkan legasi engkau dengan bangga dan jayanya.
Until we meet again.
Sir.!
Sayangku dari jauh.
Muhammad Nur Hakim bin
Lukman
No comments:
Post a Comment