Sunday, January 13, 2019

Tokwan yang aku tidak kenali?








18 October 2017
6 Bulan 24 hari selepas arwah ayah meninggal,
4 hari selepas hari lahir ayah ke-50
Tokwan aku Wan Mat Daud bin Wan Ahmad meninggal dunia pada jam 4 petang setelah hampir 7 tahun bed ridden akibat strok.
Tak banyak cerita boleh aku ceritakan tentang Tokwan aku. Sebab dia jatuh sakit awal.
Tapi apa yang aku boleh ceritakan yang Arwah Tokwan aku ni seorang yang amat tegas dan dedikasi. Mungkin kerana dia seorang persara tentera.
Hampir semua sifat tegas dia turun kepada arwah bapa aku, yang mana majoritinya aku tak suka pada mulanya.
Buku sekolah aku dilekatnya jadual kelas, nama beserta no bilangan buku, barang aku semua ditulis nama, beg dan bilik aku diperiksa hampir setiap bulan malah air kencing aku juga diperiksa pada umur aku seawal darjah 3.
Tetapi bila umur aku sudah mula memasuki alam dewasa ini, aku juga merasakan aku akan buat benda sama pada anak aku kelak.
Kerja amal ayah juga inspirasi daripada arwah tokwan.
Tokwan pada usia sihatnya sering wakafkan gayung/cebok atau selipar jepun/terompah kepada surau atau masjid yang dikunjunginya.
Bila ditanya kenapa dua barang itu menjadi pilihan, katanya orang lain sering sedekahkan Al-Quran sehinggakan Al-Quran terlebih smpi tak terbaca. Manakala gayung dan terompah direbut-rebut untuk pakai terutama ketika hendak solat Jumaat.
Tokwan juga setelah bersara masih melakukan pelbagai kerja. Antaranya adalah menjadi 'jaga' di kilang.
Sungguh aku cemburu melihat keluarga orang lain. Saat paling aku cemburu ketika aku melihat gambar di instagram menteri belia sukan, KJ.
Gambar itu tentang suatu petang Pak Lah bermain bola dengan cucunya sambil diperhatikan KJ.
Aku tiada memori macam tu. Atuk aku sebelah mak meninggal ketika aku usia 6 Bulan. Tokwan aku ini pula jatuh sakit awal.(Malah bed ridden hampir 7/8 tahun)
Tetapi begitulah nasib aku sebagai waris lelaki terakhir Wan Puteh.
Semoga akan datang aku dikurniakan anak lelaki untuk mewarisi legasi Wan Puteh.
Terima kasih pada angkatan tentera yang hadir memberi bantuan ketika pengkebumian arwah tokwan dan semua pihak yang turut terlibat.
Aku tidak dapat hadir ke tahlil malam ini kerana esok pagi aku ada presentation untuk final year diploma aku ini.
Arwah tokwan dikebumikan di sebelah kubur arwah ayah di tanah perkuburan di hadapan silverstone.
Kubur arwah ayah 579
Kubur arwah tokwan 579 A
Semoga arwah ayah dan arwah tokwan tenang disana.
Tidak lupa juga arwah Tok Jais dan Arwah Opah Rodiah dan Arwah Tok Mat yang meninggal sebulan selepas arwah ayah meninggal. Al-fatihah.
I can't face any death anymore ðŸ˜”
One man left to feed the whole fam.
Muhammad Nur Hakim bin Lukman bin Wan Mat Daud bin Wan Ahmad bin Wan Sulaiman bin Wan Merah bin Wan Puteh.

No comments: