Saturday, October 1, 2016

Restaurant Haji Sharin Low Grand

Restaurant Haji Sharin Low Grand, Ipoh, Perak.



Assalam setelah lama tak menulis, hari ni terasa nak menulis balik.

Pertama sekali, syukur ke atas Allah S.W.T keatas nikmat pinjaman ini. Bersyukur juga kedua ibu bapa ku masih sihat walaupun ayah dikejarkan ke hospital baru ini kerana dahi terkoyak disebabkan jatuh dan terhantuk dekat rak buku. Ditambah pula ayah kekurangan darah dlm badan. Tapi walaubagaimanapun Alhamdulilllah ayah kembali mengajar seperti biasa setelah discharge dari hospital.

Minggu ni aku tidak berpeluang pulang ke Kamunting dek kerana assignment yang menimbun. Jadi ayah dan ibu datang melawat aku dengan membawa stok bekalan nak hidup seperti maggi, milo, biskut dll.  Ditambah pula ayah bwk roadtax baru sbb roadtax ex5 aku dah mati dan geran pulak ade dekat taiping.



So mcm biasa, bila datang jumpa aku, ibu bapa aku mesti bawak keluar makan sekali. Kali ni ayah bawa kami makan dekat kedai Chinese cuisine sebab ayah rindu nak makan Prawn Butter. Family aku suka jugak mknn Chinese cuisine ni, bnyk dah kami try, salah satu kedai yg kami makan ialah Radix Oriental Cuisine, boleh refer dekat blog akak ni -  http://halwasakeenah.blogspot.my/2009/11/radix-oriental-cuisine-your-halal.html

 Kedai yang kami makan ni nama dia Restaurant Haji Sharin Low Grand. Kedai ni tak susah pun nak cari. Korang refer je alamat dekat gambar aku post ni.




Okay sebabkan kami tiga orang ja, ibu order simple-simple je 

Ni lauk yang kami order. Air aku tak snap sebab air sama ja kat mana-mana.


Butter Prawn Milk 


Kangkong Belacan


Jiang Chong Fried Chicken


Harga setiap hidangan (tidak termasuk jumlah keseluruhan dan GST)

Butter Prawn Milk – Rm28.00

Jiang Chong Fried Chicken – Rm18.00

Kangkong Belacan – 10.00

White Rice x 3 – Rm4.50

Chiness Tea (pilihan ayah) – 2.00

Carrot Milk Juice  (pilihan saya)– 4.50

Water (saya lagi)– 0.50

Asam Boi Kastum (pilihan ibu)– 4.50

Teh Tarik  (pilihan ibu, tapi saya yang perabih)  – 2.00



Walaubagaimana hari ini terasa sedikit tidak best disebabkan Ayah yang tidak beberapa sihat. Ayah makan sesuap dua sahaja, padahal dia yang beria nak makan dekat sini.

Ya Allah, sembuhkahlah segala penyakit yang dihidapi oleh ibu dan ayah, kuatkan lah mereka dalam menjalani hidup mencari rezeki untuk membesarkan ku. Mempermudahkan segala urusan dan murahkan lah rezeki kami. Kuatkanlah  juga aku untuk belajar demi ingin membela kedua ibu bapa ku di hari kelak.

Yang benar
Hakim Eldy
Brother Kuat Makan



No comments: