Monday, April 4, 2016

Cinta Aku akan Dunia Sukan Pemotoran

Cinta Aku akan Dunia Sukan Pemotoran



Hari ini dunia dikejutkan dengan kemenangan Khairul Idham Pawi yg menaiki podium tempat pertama dalam moto3 di Argentina semalam.
Taniah Pawi, taniah Adam Norrodin yg menghabiskan perlumbaan dengan menolak motor, taniah Hafiz Syahrin kerana abih perlumbaan ditempat ke-6.

Kebetulan pula, saya baru sahaja menyiapkan sebuah poster untuk assignment  Digital Photo Media yang bertajuk 'WE  BELIEVE AGAIN'.

Poster ini perlu mengisarkan sebuah sukan yang boleh membeli semula kepercayaan orang ramai setelah melihatnya.

Seperti biasa, kerana dibesarkan dalam keluarga yang terlibat dalam bidang 'motorsport' saya memilih ia sebagai tema poster saya.

Pada mulanya, tema saya tidak diterima olah lecturer saya, kerana bagi beliau 'motorsport' adalah bukan sebuah 'sukan'.
Setelah beberapa kali 'argue' dan 'negotiate' bersama beliau akhirnya saya diberi kebenaran untuk melakukan poster ini.

Saya juga turut dimarahi oleh ibu saya kerana bagi ibu, saya tidak sepatutnya 'argue' bersama lecturer kerana bimbang ia boleh mempengaruhi markah dan result saya.

Tetapi seperti biasa juga, saya seorang yang 'degil' (maafkan adik ibu). Kerana bagi saya dengan kedegilan sayalah banyak benda unformal saya belajar. Pelajaran yang tak boleh belajar di mana2 sekolah. Pelajaran yang hanya kita boleh belajar dengan pengalaman.

Selain itu, saya juga ingin mengubah pandangan masyarakat terutama golongan 'berpelajaran' ini terhadap bidang motorsport.

Dari kecil saya sering disajikan dengan cerita ayah dimana ketika itu zaman ayah mengikuti motorsport ke luar negara.

Salah satu cerita beliau yg masih saya ingat ialah dimana barang motorsport dikenakan cukai, manakala barang lain terutama golf tidak dikenakan cukai.(ketika itu).
Hal ini kerana kebanyakannya orang yang bermain sukan golf ini terdiri daripada golongan bangsawan ataupun golongan politik.

Seorang rider boleh mendapatkan semula kepercayaan masyarakat dengan memenangi perlumbaan di persada dunia.
Artis boleh buat filem (mat moto.?).
Ahli politik boleh membina track rakyat atau menganjurkan program, sukan mahupun kempen. (sepatutnya)

Manakala saya sebagai pelajar dan peminat, ini sajalah usaha yang saya mampu lakukan untuk memenangi semula kepercayaan masyarakat terhadap bidang motorsport.

Semoga bidang motorsport di Malaysia lebih maju di masa hadapan dan berjaya melahirkan lebih ramai rider berkaliber yang boleh menyaingi rider2 berpengalaman di luar negara.

Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca cerita saya.

.: maaf jikalau poster saya ini tidak memenuhi kepercayaan anda. Saya masih amatur dalam menggunakan photoshop ini.

No comments: