Sunday, January 13, 2019

Sun Of A Beach !


Thanks God, on the day you create earth you don't forget about the beach.
.
Cheer to beach hair, tan skin, flip flops and sandy toes.
.
Much Love from Feringghi ðŸ’•

Jamban pun jadi Hal ka ?



Tandas Jamban Pancoq Bilik Ayaq Toilet Restroom Bathroom dan WC

ok let’s talk about it

Sewaktu aku di Tanah Haram 3 tahun lepas, aku terdengar perbualan arwah pak aku bersama pakcik saudara aku. 

Katanya mereka terbaca satu artikel tulisan seorang pengkaji ni, 

‘Tidak mustahil Mekah akan dibanjjri sisa kumbahan atau lebih tepat Taik satu hari nanti jikalau kerajaan sana tidak menguruskan system kumbahan dengan baik’

ayat ni kalau opah aku dengar mau urut dada mengucap, mana tak nya tempat suci dan tempat impiannya dituduh sebegitu rupa !

tetapi x mustahil boleh berlaku, sebab Mekah adalah tumpuan penduduk bumi, setiap jam ada sahaja aktiviti berlaku, setiap tahun semua negara berlumba-lumba menaikan quota untuk menghantar jemaah umrah dan haji tidak lama lagi ni.

2nd, adalah WC,

hari ketiga disana kami tidak berpeluang untuk solat zuhur di dalam, kerana terlalu sesak dan penuh, salah kami juga kerana turun hotel lambat, jadi aku dan arwah ayah decide nak solat di dataran depan masjidil haram,
selesai solat aku termenung melihat kebesaran Tuhan, kebesaran Tuhan dimana Dia memberikan manusia akal untuk membina bangunan lebih tinggi dari ciptaan-Nya sendiri seperti bukit di kawasan itu.

sedang leka khayal, mata aku beralih kepada tandas di hadapan hotel hilton, ustaz pengiring aku menegur aku sambil berseloroh, ‘ha usha minah turki ka’, aku hanya gelak sambil menafikan statement ustaz tu, lalu ustaz tu pun buka cerita, rupanya tapak tandas itu sendiri adalah bekas rumah abu jahal, 

dalam hati aku terfikir, boleh tahan perangai orang arab ni, punya dendam smpi tapak rumah pun habis dibencinya. 

Walaubagaimana aku lebih tertarik dengan symbol ‘WC’ yang terpampang sebenarnya, aku perasan symbol WC selalu berada di tandas-tandas elit seperti Airport dan tempat pelancongan. Aku pun tnya kepada arwah apa maksud WC, rupanya WC bermaksud Water Closet, origin ayat ni orang britisih pakai dkt street dan pub dorang, even ada country mcm europe dan jepun map dorang x pakai logo symbol lelaki dan perempuan dorang pakai logo WC.

Setelah dengan penjelasan panjang lebar dari pak aku, ak berpuas hati dan kembali usha minah Turki, mata biru mata coklat, ternyata ciptaan Tuhan semuanya elok-elok ! 

3rd 

Kita sekarang tengah kecoh LGBT, tapi yang paling kecoh pasal tandas untuk lgbt.

Mcm2 artikel aku dpt, ajak boikot FB sbb Mark Z sokong LGBT, ajak boikot Sheel sebab Shell mengamalkan sikap kepelbagaian di kalangan staff, 

Psl isu shell ni best, aku screen shot dan send kt membr aku yang part time cuti sem di Petrol Pump Shell, 

jwpn dia simple ja, ‘Bro, ang tak bleh isap rokok kt Petrol Pump, tapi Mart Petrol Pump still jual rokok, lighter jual, gores api pun jual !’ 

aku gelak ja membaca, dalam hati sedikit bangga sebab sahabat baik aku ni dah mula tidak mudah melatah apabila diajukan soalan sensitif. Kalau time skolah dulu x bleh ! boleh putus kawan la, kah kah kah

aku x layak nak sentuh bab LGBT, sebab aku tau rama lagi layak nak cerita nk bagi pendapat, dan ramai lagi yang mempunyai pengikut yang sedia menerima, aku tulis panjang-panjang ni pun entah la ada orang nak baca atau tidak.

Tapi aku percaya balasan Tuhan, aku percaya kalau benda ni kita tak fight, dia akan effect masa depan kita, mungkin kalau Tuhan turun bala sekali pun chance kita yang straight ni nak kena sekali pun ada. Tapi balasan semua tu kerja Tuhan bukan kerja aku. Aku just harap generasi aku Straight dan still go on poyo ngorat awek even awek tu x nak kat ang. Kah kah kah.

ok kita kembali pada tajuk tandas,

aku ada sorang kawan ni, dari sekolah dia memilih bila bab jamban ni, time sekolah dulu dia mana pernah membuang di tandas murid, mesti lepas hajat dekat tandas cikgu, sebab x tahan dengan tandas murid yang semestinya kotor dan kadang-kadang bukan setakat x da cebok atau air, pintu pun x da!

payah nak travel ngn dia ni, sebab jamban seelok eloknya ada priority nombor satu dia, aku doakan dia kaya dan boleh bawa aku travel tidoq hotel mahal, x payah dah nk tido dorm atau BnB.

tandas yang kedua adalah tandas kapal terbang dan tandas keretapi,

aku pernah travel ngn arwah, time tu aku sakit perut dan tandas yang ada hanyalah tandas petrol pump, time tu boleh plak tandas lelaki ‘out of order’. Tanpa fikir panjang aku pakai la tandas perempuan. Sebab niat utama adalah melepaskan hajat ! 

Bila naik kapal terbang dan keretapi kita terpaksa share tandas. Bukan setakat share dengan berlainan jantina, malah berlainan kulit dan bangsa. Tidak kisahlah hitam atau putih, punggung kita tetap berkongsi mangkuk yang sama. Cuma yang membezakan adalah mentaliti hygiene kita.

Aku hanya enjoy bercerita, cerita aku mcm ni la, tiada conclusion, aku serahkan kepada pembaca untuk putuskan konklusi sendiri. 

Cuma lastly nak menuju Malaysia baru, tolong pum selepas guna dan jangan conteng tandas 

Follow penulisan aku di blog juga
muhammadnurhakim.blogspot.com

Thanks guys

Aku anak pengembara, dan aku akan mengembara !


12 July 2018
Walaupun hari aku tidak bermula dengan baik,
lambat mulakan kerja kerana bersengkang mata saksikan worldcup,
ditambah pula kekecewaan dengan kekalahan england,
tengah hari ni aku mula bersemangat dengan kehadiran abg posmen yg membawa buku pengembaraan saudara Khairul Jamain
aku harap dengan membaca buku ini semangat aku untuk mengembara semakin tinggi dan aku akan berani untuk mengembara seperti arwah bapa aku dulu,
untuk pengetahuan semua, arwah bapa aku ‘hitch hike’ seluruh semenanjung sehingga ke Thailand,
beliau juga pernah sampai ke sempadan Tibet menggunakan jalan darat ketika menyertai bidang motorsport.
dan paling buat aku terkilan apabila hajatnya nak ke europe menggunakan kereta api bersama aku tidak kesampaian,
aku sudah backpacking ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan konsert Avenged Sevenfold, backpacking ke Penang untuk sambutan new year,
ya mungkin tidak seberapa, tapi itulah archivement dalam diri aku
dan target aku dalam masa terdekat adalah ke perhentian dan ke Thailand untuk festival songkran pada bulan 4 tahun depan.
Doakan aku dapat mencapai impian untuk menjadi pengembara seperti arwah bapa aku dan saudara khairul jamain.
Adventure is out there !

RIP Anthony Bourdain




Growing up watching ‘no reservations’ make me inspired to be like you

Travel the world and always having a nice meal... urghh ðŸ˜© your life is totally a dream !

F suicide ! F depression ! 

RiP Anthony Bourdain

Your episodes will carry on for the generations

Tokwan yang aku tidak kenali?








18 October 2017
6 Bulan 24 hari selepas arwah ayah meninggal,
4 hari selepas hari lahir ayah ke-50
Tokwan aku Wan Mat Daud bin Wan Ahmad meninggal dunia pada jam 4 petang setelah hampir 7 tahun bed ridden akibat strok.
Tak banyak cerita boleh aku ceritakan tentang Tokwan aku. Sebab dia jatuh sakit awal.
Tapi apa yang aku boleh ceritakan yang Arwah Tokwan aku ni seorang yang amat tegas dan dedikasi. Mungkin kerana dia seorang persara tentera.
Hampir semua sifat tegas dia turun kepada arwah bapa aku, yang mana majoritinya aku tak suka pada mulanya.
Buku sekolah aku dilekatnya jadual kelas, nama beserta no bilangan buku, barang aku semua ditulis nama, beg dan bilik aku diperiksa hampir setiap bulan malah air kencing aku juga diperiksa pada umur aku seawal darjah 3.
Tetapi bila umur aku sudah mula memasuki alam dewasa ini, aku juga merasakan aku akan buat benda sama pada anak aku kelak.
Kerja amal ayah juga inspirasi daripada arwah tokwan.
Tokwan pada usia sihatnya sering wakafkan gayung/cebok atau selipar jepun/terompah kepada surau atau masjid yang dikunjunginya.
Bila ditanya kenapa dua barang itu menjadi pilihan, katanya orang lain sering sedekahkan Al-Quran sehinggakan Al-Quran terlebih smpi tak terbaca. Manakala gayung dan terompah direbut-rebut untuk pakai terutama ketika hendak solat Jumaat.
Tokwan juga setelah bersara masih melakukan pelbagai kerja. Antaranya adalah menjadi 'jaga' di kilang.
Sungguh aku cemburu melihat keluarga orang lain. Saat paling aku cemburu ketika aku melihat gambar di instagram menteri belia sukan, KJ.
Gambar itu tentang suatu petang Pak Lah bermain bola dengan cucunya sambil diperhatikan KJ.
Aku tiada memori macam tu. Atuk aku sebelah mak meninggal ketika aku usia 6 Bulan. Tokwan aku ini pula jatuh sakit awal.(Malah bed ridden hampir 7/8 tahun)
Tetapi begitulah nasib aku sebagai waris lelaki terakhir Wan Puteh.
Semoga akan datang aku dikurniakan anak lelaki untuk mewarisi legasi Wan Puteh.
Terima kasih pada angkatan tentera yang hadir memberi bantuan ketika pengkebumian arwah tokwan dan semua pihak yang turut terlibat.
Aku tidak dapat hadir ke tahlil malam ini kerana esok pagi aku ada presentation untuk final year diploma aku ini.
Arwah tokwan dikebumikan di sebelah kubur arwah ayah di tanah perkuburan di hadapan silverstone.
Kubur arwah ayah 579
Kubur arwah tokwan 579 A
Semoga arwah ayah dan arwah tokwan tenang disana.
Tidak lupa juga arwah Tok Jais dan Arwah Opah Rodiah dan Arwah Tok Mat yang meninggal sebulan selepas arwah ayah meninggal. Al-fatihah.
I can't face any death anymore ðŸ˜”
One man left to feed the whole fam.
Muhammad Nur Hakim bin Lukman bin Wan Mat Daud bin Wan Ahmad bin Wan Sulaiman bin Wan Merah bin Wan Puteh.

Proud to be a Rider


7 October 2017 | Hari-hari terakhir aku sebagai pelajar Kptm Ipoh

Orang kata jangan malu menaiki Motor.

Jangan malu berteduh hujan bawah jambatan
Jangan Malu Hitam Tangan Berbelang dengan badan.

Tiga tahun aku ulang alik Taiping-Ipoh dengan Kuda Besi EX5 ni, cuma tahun 2016 aku selang dengan membawa er6n milik arwah ayah.

sebab time tu arwah ayah sakit, 3 kali aku dpt panggilan kena balik segera, bila pakai er6n cpt skit la perjalanan balik,

tapi panggilan ketiga tu, aku terlambat,

secepat mana motor aku, kehendak Tuhan tidak lambat sesaat pun,
selaju mana motor aku, aku masih x sempat jumpa ayah disaat dia menghembus nafas terakhir

aku redha sudah tertulis begitu.

Aku bangga menjadi penunggang motorsikal macam arwah ayah.
Aku bangga bawa sparepart/emergency kit satu beg penuh walaupun aku sendiri tak pernah pakai untuk diri sendiri.
Aku bangga towing orang atau ditowing ketika masalah.

Malah

Aku bersyukur kerana terlalu banyak ilmu aku dapat sepanjang 'carrier' aku sebagai penunggang motorsikal ini.

Hari ni aku merupakan hari terakhir aku menaiki motor pulang ke kampung dalam era sebagai pelajar diploma aku ini,
perjalanan akhir aku ini juga ditemani rakan sepemotoran yang menuju ke event Santai Anak Utara.

Moga aku masih meneruskan dengan dunia pemotoran yang amat aku sayangi ini.

Perjalanan kita masih jauh sahabat !

Hakim Lukman
Penunggang Motorsikal

I'm back?



I'm back?

13 January 2019

Aku tidak pasti sama ada aku masih mempunyai pengikut di dalam kancah Blogger ini.

Tapi apa yang aku pasti, aku sendiri sudah mula perlahan dalam dunia Blogger ini.

Mungkin kerana seiring dengan pengedaran masa dan masyarakat sekarang yang lebih suka 'membaca' dan menjadikan facebook sebagai medium utama mereka.

Ya, aku lebih selesa menulis di Facebook, dan agak menyedihkan aku semakin lupa blog aku.

Tetapi baru-baru ini aku merasakan aku perlu untuk mengemas kini blog aku untuk generasi aku sendiri.

Bersyukur.

Seperti semua sedia maklum, Bapa aku meninggal dunia pada 2 tahun lepas, dan ramai juga tahu bertapa rapatnya hubugan aku dengannya. Tetapi aku juga manusia biasa, mempunyai sifat pelupa.

Alhamdulilah, sepanjang hayat arwah dia seorang penulis Blogger, banyak kisah yang aku lupa dapat aku ingat semula dengan membaca nukilan nya di Blog orangkecilorangbesar.blogspot.com

Jadi dengan itu, demi generasi aku akan datang, aku akan terus menulis juga di blog.

Tetapi dek kerana sudah banyak nukilan aku tulis facebook, pembaca semua akan menjadi sedikit "glish" kerana aku akan re-post semua nukilan aku di facebook di dalam blog ini. Mungkin beberapa cerita tidak akan sama dengan masa yang berlaku.

Harap pembaca dapat faham dan menerima khilaf aku ini

Terima Kasih semua...

I'm Back!