Friday, April 21, 2017

Kerja Amal X Charity

Sumbangan Ayah sehingga sekarang


Assalam,
Esok genap sebulan ayah pergi meninggalkan ku.
Masih terasa ayah masih ada.  Mungkin jasad sudah tiada, tapi ajarannya sentiasa aku bawa bersama.

Kata Sahabat Ayah kepada ku beberapa tahun yang lalu, “dua benda bapa ang tak pernah tinggal sepanjang aku kenal dia, Satu dunia pemotoran, kedua anak yatim (kerja amal)”
Ya Arwah Ayah sudah berjinak dengan dua bidang ini sejak dari usia muda lagi.

Tetapi entry kali ni aku lebih nak ceritakan Kerja Amal ayah dan bagaimana aku mula mengikutinya.
Sejak kecil lagi aku sudah mengikuti NGO ayah ke Semenanjung Malaysia untuk melakukan Kerja-kerja Amal.
Antaranya NGO aku ingat aku pernah follow ayah ialah geng Suzuki, geng sbk, geng motor lama, geng skuter  dan geng Warga Kilang.
Aku pun tak tahu kenapa ayah suka dan aktif sangat dalam bidang ni. Ketika kecil dulu, aku selalu fikir kerja ni membebankan, sebab nak kena pikul beras masuk kampung, nak kena deal dengan orang yang banyak karenah dan berlagak dan pelbagai ada satu kali tu kaki ayah berdarah (melecet) sebab pakai kasut boot lama sangat.
Ayah pernah berpesan pada ku, Tak semua orang mampu nak melakukan kerja amal, ada orang senang melalui duit, tapi susah melalui masa dan tenaga, ada orang susah melalui duit tapi senang melalui masa dan tenaga.
Ayah juga bijak dengan prinsipnya, ayah tidak membantu apa yang sudah ada, ayah mencari apa yang mereka tiada. Contohnya, orang kalau nak membantu mesti beli Quran, mesti beli kurma, kalau semua orang beli benda tu, sapa nak tolong dari segi pakaian, pengangkutan malah air bersih seperti water filter sekalipun.? Sebenarnya ini adalah ajaran tokwan aku, dia selalu sedekah gayung (cebok) atau selipar jepun untuk surau dan masjid. X perasan ke kat masjid Aircond kemain banyak tapi selipar dan gayung berebut. Satu lagi sedekah ikut kemampuan juga. Kalau mampu banyak Alhamdulilah, kalau mampu sedikit atau mampu sumbang tenaga pun Alhamdulilah.
Dari situ juga aku mula faham pelbagai benda, apa fungsi kita sebagai khalifa di muka bumi ini,
 Kalau semua orang main peranan masing-masing dunia akan lebih baik.

Cerita pasal orang yang berlagak pula - beberapa tahun lepas ketika aku masih di awal alam sekolah menengah, aku follow ayah dan sahabatnya masuk sebuah kampung ni sebab nak bagi bantuan kepada orang susah. Sebelum masuk ke daerah kampong tu ayah dan beberapa kawannya pergi mengadap adun/tok ketua kawasan situ dengan niat meminta kebenaran nak memberi bantuan kepada orng susah di kawasannya. Tapi dengan lantangnya, adun/ tok ketua kawasan situ cakap kawasan dia x da pun orang susah, padahal salah satu rumah yang kami tolong tu pampers pakai buang anak dia pun dia basuh pakai balik.

Situasi ni yang buat aku F* system, bukan nak kata aku nak hidup anarchy atau anti-gov tapi kalau semua orang main peranan, masalah macam ni dapat dikurangkan, ni yang kaya terus kaya, yang miskin terus miskin.
Belum lagi aku cerita, bekas-bekas rumah anak yatim yang ayah pernah jaga atau rumah anak yatim lain yang menyalahgunakan duit sumbangan, ada juga yang berlagak meminta dana umpama ngo ayah ni penyumbang utama tanpa sedar bahawa kami CUMA PENGANTARAAN. Benda ni paling aku benci dan takut. Bukan apa, Penjaga yang buat problem, budak2 yang tak bersalah jadi mangsa.

Tak TAKUT ke makan harta anak yatim.? Cuba baca Surah An-Nisa ayat 10 tengok.


Setelah bergerak dengan NGO2 lain, Alhamdulilah Arwah Ayah, Ibu, Makcik dan sahabat2 mereka bejaya tubuhkan NGO Komuniti Amal Taiping (KaT) pada tahun 2013.



Cukuplah panjang lebar aku meluah perasaan, kita kembali pada topic asal

Alhamdulilah aku juga giat bergerak aktif dengan NGO2 lain yang bukan bawah lead ayah. Antaranya ialah Geng2 aku sendiri, bawah kolej aku dan Dapur Jalanan Ipoh serta aktivis alam sekitar yang aku baru sertai.
Aku juga menjadi Timbalan President kepada Khidmat Masyarakat KPTM ipoh kelas DMM0423, dan baru-baru ini adalah projek sulung kami iaitu membersihkan Pantai Teluk Senangin. Idea asal kami adalah ingin membersihkan Zoo Taiping supaya kami dapat mempelajari pengalaman baru. Walaubagaimanapun idea kami ditolak oleh pengarah ekoran pelbagai virus dan penyakit dari binatang yang menular sekarang.
Kami juga tidak memilih rumah anak yatim dan orang tua kerana ini risau projek ini tidak Berjaya ekoran ini adalah projek besar pertama kami dalam masa sama aku juga ingin merasa benda lain ekoran aku sudah biasa dan masih lagi mengikuti KAT dalam menjaga(perantaraan) rumah2 anak yatim serta rumah orang tua.
Apabila Kerja Amal dijadikan subjek, tidak semua orang dapat menerima pada mulanya. Lebih-lebih lagi orang yang tidak biasa ingin terus lompat ke projek yang lebih besar.
Alhamdulilah Komuniti Amal Taiping juga telah memberi sumbang yang sedikit sebanyak dapat membantu program kami.
Program yang dijalankan pada 9 April yang lalu telah berjalan dengan lancar dan jayanya.
Terima Kasih jugak kepada Majlis Pembandaraan Manjung yang turut serta jayakan program ini.






Terima kasih ayah kerana menjadi mentor dan idola aku untuk meneruskan kerja-kerja amal ini.
Semoga aku dapat meneruskan legasi ayah.
Insyallah, Amin.


Al-fatihah untuk beliau
Hakim Lukman


p/s – Barangsiapa yang mempunyai niat untuk menyumbang kepada Rumah Anak Yatim atau Rumah Orang Tua bawah pantauan kami terutama bagi bulan Ramadhan yg sudah dekat ini boleh refer gambar untuk maklumat lebih lanjut. 
Terima Kasih



Tuesday, April 4, 2017

Ayah - Sahabat, Guru, Hero dan Segalanya

Ayah - Sahabat, Guru, Hero dan Segalanya


Lukman Bin Wan Mat Daud ( 12 Oktober 1967 - 22 March 2017) 

Assalam,

Kepada yang masih belum mengetahui, Ayah aku Lukman Bin Wan Mat Daud telah kembali ke rahmatullah pada 22 March yang lalu.


Maaf  x update awal2 disini. Aku lebih aktif menulis di fb.

Sedikit Cerita tentang Arwah Ayah

(Diambil dan disunting semula daripada fb aku  Hakim Eldy -22 March 2017)

Hari Ke -14 ayah meninggalkan ku.

Alhamdulilah arwah ayah sudah selamat dikebumikan,
Kenduri tahlil yang berlangsung juga berjalan dengan lancar.

Hari-hari ku bermula dengan membaca pelbagai cerita psl ayah. Hampir semua sahabat ayah menulis tentang ayah. Majoriti tentang kerja amal ayah.
Tidak kurang juga cerita tetang motorsport dan osha ayah.

Hubungan ayah dan aku bukan stkt bapa dah anak. Tapi lebih kepada sahabat dan guru. Apa dia minat aku minat. Motorsport, Hobby Collector, Sastera Melayu, Politik, Bola dan semua lagi la kami di genre yang sama.
Sehinggakan kami tiada rahsia antara kami.

Cuma ayah kerap berahsia tentang kesihatannya. Aku smpi skrg tidak tahu tahap dan stage sebenar kesihatan ayah.

Ayah cuma berharap aku tidak mengulangi kesilapannya.
Ayah berpesan belajar dari kesilapan orang lain, kalau belajar dari kesilapan sendiri dah terlambat.

Salah satu pesannya yg paling aku x bleh lupa ialah 'yang menjaga kita di dunia ini adalah takut dan malu'
dan
'hidup ini kalau x boleh senangkan orang, jangan susahkan orang'

Segala cerita dan ajaran ayah telah menyelamatkan aku dan kawan2 aku dalam pelbagai situasi. Dimana cerita ini aku akan tulis dalam entry yang lain.

Ya aku sedikit terkilan tentang permergian ayah dalam masa yg singkat ini. Kerana bnyk benda aku x buat lagi dengan ayah.

Ayah x sempat nk tngk aku graduate.
Ayah x sempat nk tngk aku bina empayar.
Ayah x sempat nak tngk aku kahwin

Aku pun x sempat hadiahkan ayah Norton 500 Single idamannya
Aku pun x sempat hadiahkan LandRover Hundred Ten idamannya
Aku x sempat ride dengannya ke Thousands Corner MSH Thailand


Tapi aku percaya Allah S.W.T sebaik baik perancang. Mungkin dah smpi masanya aku lebih rapat dengan ibu.

Buat Ayah terima kasih atas segalanya
Terima kasih atas ajaran engkau tentang segalanya sama ada formal dan unformal
Terima kasih atas kata kata puitis engkau
Terima kasih atas segala preparation engkau.
Engkau tinggalkan kami dengan bekalan segalanya yang cukup.
Terima kasih kerana menjadi Bapa dan Suami yang terbaik buat aku dan ibu


Damailah engkau di Kerajaan baru.
Selamat berehat.
Akan aku bawa nama engkau dan sambungkan legasi engkau dengan bangga dan jayanya.


Until we meet again. Sir.!


Sayangku dari jauh.



Muhammad Nur Hakim bin Lukman 

Saturday, January 21, 2017

Cara-cara Menjaga Anak Kucing Piatu

Cara-cara Menjaga Anak Kucing Yang Kehilangan Ibunya.



Bismillah,
2017 ni masuklah aku kealam kancah umur 20an, 2017 juga adalah tahun akhir aku di KPTM ipoh, dan tahun akhir merasa tinggal di rumah sewa bersama homies yang paling sempoi.

Okay beberapa hari lepas semasa aku ‘check in’ balik rumah sewa aku ni. Aku dikejutkan dengan penghuni baru didalam rumah aku. Rupanya kucing yang kami jaga dari tahun lepas sudah beranak. Yang hairannya bila dia bunting.? ‘AwaK’ (nama kucing kami) melahirkan tiga ekor anak kucing jantan yang comel2. 
Dua ekor bewarna Jingga, dan seekor bewarna putih. Bagaikan mendapat cucu kami sangat gembira dan masing2 nak claim bagi nama. So nama anak Awak ialah Garfield, Din (nama penuh dangerous), dan Tom Peanutbutter.

Tetapi satu malam Awak keluar dan tidak pulang2. Kami ingat perkara biasa, sebab awak selalu ikut dan dia ja nak check in bila dan AwaK sangat terrer curi curi masuk rumah.
Selang 2-3 hari AwaK tidak balik2 juga. Anak2nya pun dah mengiaw dengan sangat kuat menandakan lapar.

So kesian punya pasal aku pun buat la research skit. Message orang tu message orang ni. Cari tips nak jaga.  Aku juga cari orang untuk adopted kucing ni. Manalah tahu dapat orang yang lebih layak untuk jaga.
Alhamdulilah ramai orang sudi membantu. Ramai yang bagi tips yang sangat membantu. Terima kasih buat page FB Geli Geli Kucing, page Twitter Kucing Jalanan, dan kawan2 wechat fb insta semua yang sudi membantu. Tidak lupa juga orang yang sanggup buat video and upload dekat youtube.
Betullah kata ayah, manfaatkan Media Sosial.!




So aku pun nak share la dengan korang cara-cara jaga anak kucing piatu yang aku belajar.
Tips pertama dari aku sendiri, cari orang yang bleh adopted kucing ni. Sebab mungkin dia lagi layak.
Kedua, tips dari mana2 page pun, Cari Ibu kucing lain untuk menumpang susunya. Kira cari Ibu susuan la.
Kalau semua tips diatas tidak Berjaya, dan korang kena jaga sendiri. Korang kena ready dari segi duit dan mental kena kuat. Sebab pelbagai perkara korang kena titik beratkan. 

Ok ayuh.



Tempat Tinggal
1)      Perkara pertama ialah Tempatkan di tempat yang bersih, selesa, lembut dan tidak direct dengan cahaya matahari
2)      Anak kucing yang berusia seminggu ini buta dan pekak, pastikan tempat untuk letak diaorang secure dari segala ancaman dan kemungkinan yang bahaya
3)      Pastikan suhu tempat itu juga sesuai, kerana ibu kucing selalunya ‘cuddle’ anaknya.
4)      Cara cara nak pastikan kucing dapat suhu yang sesuai ialah dengan cara, botol tebal, kain tebal atau air panas. (jika perlu)



Makanan
1)      Okay sebut pasal makanan mesti kita fikir susu kan. Rupanya anak kucing tidak sesuai minum susu selain susu kambing atau susu rumusan khas untuk kucing, kiranya susu kotak dutchlady tu tak sesuai la. Sebab susu tu ada lactose yang tinggi.
 Kucing adalah lactose intelorence maknayanya dia tak boleh nak hadam lactose (kandungan dalam susu berasaskan lembu.
2)      Jadi kami serumah collect duit dan beli susu kucing dekat kedai haiwan sebelah aeon kinta/aeon jj ipoh. Susu yang ditawarkan oleh kedai haiwan itu ada dua jenis, iaitu jenis tepung perlu dibancuh (rm14) dan jenis dah siap bancuh (rm9.50).
Kami memilih susu yang sudah siap dibancuh berserta botol susu untuk kucing yang berharga rm 8.90
3)      Anak kucing yang baru dilahirkan kena bagi makan setiap 4-6jam. Tetapi dengan kadar yang tidak kerterlaluan.
4)      Disebabkan susu yang kami beli itu agak sejuk. Kami letak air panas sekeliling botol susu untuk kasi susu tu suam.
5)      Cara nak bagi anak kucing ini minum ialah kita letak puting botol susu dekat mulut dia, bila dia minum, kita terbalikan dia.




Pembuangan Air
1)      Langkah ketiga ini adalah yang paling penting, sebab anak kucing ni masih tak pandai nak buang air.
Kalau ibu kucing, selepas menyusu dia akan menjilat genital anak kucingnya untuk merangsangkan agar anak kucing itu kencing.
2)      Kita boleh memastikan anak kucing ini kencing dengan mengelap genital anak kucing itu dengan tisu basah atau kain basah. Lap dengan perlahan lahan sehingga anak kucing itu kencing.
3)      Langkah ini sangat penting. Agar anak kucing itu tidak sakit dan selesa.

Extra tips
1)      Jika anak kucing itu seekor saja, carinya kawan, sebab anak kucing yang membesar keseorangan cederung untuk hidup lebih agresif.
2)      Kucing yang baru dilahirkan pekak dan buta. Jangan letak dekat tempat yang bising, dan jangan paksa kucing buka mata. Biar matanya terbuka sendiri. Selalunya seminggu dua matanya akan terbuka.
3)      Selepas 4 minggu, anak kucing ni dah bleh start makan wetfood. Tapi jangan paksa dia, biar dia yang nak.
4)      So yang paling penting ialah persekitaran, pemakanan, dan pembuangan air.


Alhamdulilah semua tips diatas yang dishare kan oleh pelbagai pihak sangat berguna. Kucing kucing kami pun mempunyai peluang yang cerah untuk hidup sihat.

Tapi yang lawaknya selang dua tiga lagi, ibu kucing kami (AwaK) baru pulang rumah. Hampeh btul Awak ni. Mungkin AwaK sesat kot, kita tak tahu. Tapi Alhamdulilah la, AwaK pulang, jimat sikit duit kami dan kurang sikit tanggungjawab kami.

Semoga tips ini dapat membantu orang lain yang senasib dengan kami

Hakim Eldy
Nak bela kucing kat umah sana tapi mak tak kasi.