Friday, April 21, 2017

Kerja Amal X Charity

Sumbangan Ayah sehingga sekarang


Assalam,
Esok genap sebulan ayah pergi meninggalkan ku.
Masih terasa ayah masih ada.  Mungkin jasad sudah tiada, tapi ajarannya sentiasa aku bawa bersama.

Kata Sahabat Ayah kepada ku beberapa tahun yang lalu, “dua benda bapa ang tak pernah tinggal sepanjang aku kenal dia, Satu dunia pemotoran, kedua anak yatim (kerja amal)”
Ya Arwah Ayah sudah berjinak dengan dua bidang ini sejak dari usia muda lagi.

Tetapi entry kali ni aku lebih nak ceritakan Kerja Amal ayah dan bagaimana aku mula mengikutinya.
Sejak kecil lagi aku sudah mengikuti NGO ayah ke Semenanjung Malaysia untuk melakukan Kerja-kerja Amal.
Antaranya NGO aku ingat aku pernah follow ayah ialah geng Suzuki, geng sbk, geng motor lama, geng skuter  dan geng Warga Kilang.
Aku pun tak tahu kenapa ayah suka dan aktif sangat dalam bidang ni. Ketika kecil dulu, aku selalu fikir kerja ni membebankan, sebab nak kena pikul beras masuk kampung, nak kena deal dengan orang yang banyak karenah dan berlagak dan pelbagai ada satu kali tu kaki ayah berdarah (melecet) sebab pakai kasut boot lama sangat.
Ayah pernah berpesan pada ku, Tak semua orang mampu nak melakukan kerja amal, ada orang senang melalui duit, tapi susah melalui masa dan tenaga, ada orang susah melalui duit tapi senang melalui masa dan tenaga.
Ayah juga bijak dengan prinsipnya, ayah tidak membantu apa yang sudah ada, ayah mencari apa yang mereka tiada. Contohnya, orang kalau nak membantu mesti beli Quran, mesti beli kurma, kalau semua orang beli benda tu, sapa nak tolong dari segi pakaian, pengangkutan malah air bersih seperti water filter sekalipun.? Sebenarnya ini adalah ajaran tokwan aku, dia selalu sedekah gayung (cebok) atau selipar jepun untuk surau dan masjid. X perasan ke kat masjid Aircond kemain banyak tapi selipar dan gayung berebut. Satu lagi sedekah ikut kemampuan juga. Kalau mampu banyak Alhamdulilah, kalau mampu sedikit atau mampu sumbang tenaga pun Alhamdulilah.
Dari situ juga aku mula faham pelbagai benda, apa fungsi kita sebagai khalifa di muka bumi ini,
 Kalau semua orang main peranan masing-masing dunia akan lebih baik.

Cerita pasal orang yang berlagak pula - beberapa tahun lepas ketika aku masih di awal alam sekolah menengah, aku follow ayah dan sahabatnya masuk sebuah kampung ni sebab nak bagi bantuan kepada orang susah. Sebelum masuk ke daerah kampong tu ayah dan beberapa kawannya pergi mengadap adun/tok ketua kawasan situ dengan niat meminta kebenaran nak memberi bantuan kepada orng susah di kawasannya. Tapi dengan lantangnya, adun/ tok ketua kawasan situ cakap kawasan dia x da pun orang susah, padahal salah satu rumah yang kami tolong tu pampers pakai buang anak dia pun dia basuh pakai balik.

Situasi ni yang buat aku F* system, bukan nak kata aku nak hidup anarchy atau anti-gov tapi kalau semua orang main peranan, masalah macam ni dapat dikurangkan, ni yang kaya terus kaya, yang miskin terus miskin.
Belum lagi aku cerita, bekas-bekas rumah anak yatim yang ayah pernah jaga atau rumah anak yatim lain yang menyalahgunakan duit sumbangan, ada juga yang berlagak meminta dana umpama ngo ayah ni penyumbang utama tanpa sedar bahawa kami CUMA PENGANTARAAN. Benda ni paling aku benci dan takut. Bukan apa, Penjaga yang buat problem, budak2 yang tak bersalah jadi mangsa.

Tak TAKUT ke makan harta anak yatim.? Cuba baca Surah An-Nisa ayat 10 tengok.


Setelah bergerak dengan NGO2 lain, Alhamdulilah Arwah Ayah, Ibu, Makcik dan sahabat2 mereka bejaya tubuhkan NGO Komuniti Amal Taiping (KaT) pada tahun 2013.



Cukuplah panjang lebar aku meluah perasaan, kita kembali pada topic asal

Alhamdulilah aku juga giat bergerak aktif dengan NGO2 lain yang bukan bawah lead ayah. Antaranya ialah Geng2 aku sendiri, bawah kolej aku dan Dapur Jalanan Ipoh serta aktivis alam sekitar yang aku baru sertai.
Aku juga menjadi Timbalan President kepada Khidmat Masyarakat KPTM ipoh kelas DMM0423, dan baru-baru ini adalah projek sulung kami iaitu membersihkan Pantai Teluk Senangin. Idea asal kami adalah ingin membersihkan Zoo Taiping supaya kami dapat mempelajari pengalaman baru. Walaubagaimanapun idea kami ditolak oleh pengarah ekoran pelbagai virus dan penyakit dari binatang yang menular sekarang.
Kami juga tidak memilih rumah anak yatim dan orang tua kerana ini risau projek ini tidak Berjaya ekoran ini adalah projek besar pertama kami dalam masa sama aku juga ingin merasa benda lain ekoran aku sudah biasa dan masih lagi mengikuti KAT dalam menjaga(perantaraan) rumah2 anak yatim serta rumah orang tua.
Apabila Kerja Amal dijadikan subjek, tidak semua orang dapat menerima pada mulanya. Lebih-lebih lagi orang yang tidak biasa ingin terus lompat ke projek yang lebih besar.
Alhamdulilah Komuniti Amal Taiping juga telah memberi sumbang yang sedikit sebanyak dapat membantu program kami.
Program yang dijalankan pada 9 April yang lalu telah berjalan dengan lancar dan jayanya.
Terima Kasih jugak kepada Majlis Pembandaraan Manjung yang turut serta jayakan program ini.






Terima kasih ayah kerana menjadi mentor dan idola aku untuk meneruskan kerja-kerja amal ini.
Semoga aku dapat meneruskan legasi ayah.
Insyallah, Amin.


Al-fatihah untuk beliau
Hakim Lukman


p/s – Barangsiapa yang mempunyai niat untuk menyumbang kepada Rumah Anak Yatim atau Rumah Orang Tua bawah pantauan kami terutama bagi bulan Ramadhan yg sudah dekat ini boleh refer gambar untuk maklumat lebih lanjut. 
Terima Kasih



Tuesday, April 4, 2017

Ayah - Sahabat, Guru, Hero dan Segalanya

Ayah - Sahabat, Guru, Hero dan Segalanya


Lukman Bin Wan Mat Daud ( 12 Oktober 1967 - 22 March 2017) 

Assalam,

Kepada yang masih belum mengetahui, Ayah aku Lukman Bin Wan Mat Daud telah kembali ke rahmatullah pada 22 March yang lalu.


Maaf  x update awal2 disini. Aku lebih aktif menulis di fb.

Sedikit Cerita tentang Arwah Ayah

(Diambil dan disunting semula daripada fb aku  Hakim Eldy -22 March 2017)

Hari Ke -14 ayah meninggalkan ku.

Alhamdulilah arwah ayah sudah selamat dikebumikan,
Kenduri tahlil yang berlangsung juga berjalan dengan lancar.

Hari-hari ku bermula dengan membaca pelbagai cerita psl ayah. Hampir semua sahabat ayah menulis tentang ayah. Majoriti tentang kerja amal ayah.
Tidak kurang juga cerita tetang motorsport dan osha ayah.

Hubungan ayah dan aku bukan stkt bapa dah anak. Tapi lebih kepada sahabat dan guru. Apa dia minat aku minat. Motorsport, Hobby Collector, Sastera Melayu, Politik, Bola dan semua lagi la kami di genre yang sama.
Sehinggakan kami tiada rahsia antara kami.

Cuma ayah kerap berahsia tentang kesihatannya. Aku smpi skrg tidak tahu tahap dan stage sebenar kesihatan ayah.

Ayah cuma berharap aku tidak mengulangi kesilapannya.
Ayah berpesan belajar dari kesilapan orang lain, kalau belajar dari kesilapan sendiri dah terlambat.

Salah satu pesannya yg paling aku x bleh lupa ialah 'yang menjaga kita di dunia ini adalah takut dan malu'
dan
'hidup ini kalau x boleh senangkan orang, jangan susahkan orang'

Segala cerita dan ajaran ayah telah menyelamatkan aku dan kawan2 aku dalam pelbagai situasi. Dimana cerita ini aku akan tulis dalam entry yang lain.

Ya aku sedikit terkilan tentang permergian ayah dalam masa yg singkat ini. Kerana bnyk benda aku x buat lagi dengan ayah.

Ayah x sempat nk tngk aku graduate.
Ayah x sempat nk tngk aku bina empayar.
Ayah x sempat nak tngk aku kahwin

Aku pun x sempat hadiahkan ayah Norton 500 Single idamannya
Aku pun x sempat hadiahkan LandRover Hundred Ten idamannya
Aku x sempat ride dengannya ke Thousands Corner MSH Thailand


Tapi aku percaya Allah S.W.T sebaik baik perancang. Mungkin dah smpi masanya aku lebih rapat dengan ibu.

Buat Ayah terima kasih atas segalanya
Terima kasih atas ajaran engkau tentang segalanya sama ada formal dan unformal
Terima kasih atas kata kata puitis engkau
Terima kasih atas segala preparation engkau.
Engkau tinggalkan kami dengan bekalan segalanya yang cukup.
Terima kasih kerana menjadi Bapa dan Suami yang terbaik buat aku dan ibu


Damailah engkau di Kerajaan baru.
Selamat berehat.
Akan aku bawa nama engkau dan sambungkan legasi engkau dengan bangga dan jayanya.


Until we meet again. Sir.!


Sayangku dari jauh.



Muhammad Nur Hakim bin Lukman