Sunday, October 2, 2016

Pasar Karat | Memory Lane | Loken IPOH, PERAK.





Pasar Karat | Memory Lane | Loken IPOH, PERAK.

Assalam,

Syukur ke hadrat Illahi di atas dunia pinjaman yang serba serbi indah ini.

Aku dibesarkan dalam family yang minat 'mengumpul'. Pelbagai benda kami kumpul, tidak tetumpu pada satu jenis sahaja. Hobi ni disemai oleh bapa aku sejak dari kecil lagi. Hari minggu kami dipenuhi dengan transaksi keluar masuk pelbagai barang. Sehinggakan loteng di bilik lama aku tidak ubah seperti dalam cerita ‘The Pickers’. Sebenarnya ni hobi aku dan ayah sahaja, ibu tidak beberapa gemar barang lama ini dek kerana ia sedikit makan ruang di rumah kecil kami.

Kami juga menjual beli barang-barang collector kami. Bak kata Ayah ‘Setiap barang ada Harganya’ (jika kena harga, Jalan.!)
Boleh lawat di blog kami - http://taipingpickers.blogspot.com/ ataupun di Fb kami – Taiping Pickers

Kalau kami ke Penang sahaja, destinasi yang wajib kami pergi ialah ke Rope Walk, belakang Stadium Penang. Cuma sekarang ni Rope Walk sedikit ‘kureng’ disebabkan oleh kemasukan barang-barang baru dari China.

Kami juga berkesempatan ‘menyelam’ di Amcorp Mall, Kuala Lumpur. Barang disini sedikit mahal kalau dibandingkan dengan Loken dan Rope Walk cuma lebih selesa kerana bertapak di dalam Mall. Cerita lanjut  tentang Amcorp Mall korang boleh lawat blog Ayah aku - http://orangkecilorangbesar.blogspot.my/2013/10/amcorp-mall-pj-flea-market-pasar-karat.html
Jalan Raja Boat KL pun best jgk kalau nak ‘menyelam’ ni, cuma aku masih tidak berpeluang ke sana.

Okay berbalik kepada Loken, pagi Ahad kalau rajin ditambah pula tiada kerja dan tiada kenduri untuk dihadiri kami akan ke Loken, Ipoh atau juga dikenali sebagai Pasar Karat / Memory Lane. Mengikut cerita Ayah, Memory Lane ini dikenali sebagai Loken disebabkan terdapat kedai yang bernama ‘Lookin Good’ berhampirannya sekitar tahun 80-an. Ketika itu Ayah bersekolah di Sekolah Izzudin Shah (1980-84).

Setibanya kami di Ipoh, ayah akan membawa kami makan di Food Court berhadapan Masjid Negeri Ipoh untuk bersarapan. Roti Bakar bersama 2 biji telur goyang sudah semestinya pilihan kami. Setelah sudah bersarapan Ayah akan menghantar ibu ke Mall pilihan ibu, sama ada Ipoh Parade, Jaya Jusco (Aeon Kinta) ataupun Greentown Mall (Angsana Mall) kerana ibu tidak beberapa gemar menyelam bersama kami,

Disini aku sudah belajar ilmu pertama oleh bapa aku. ‘Win-win Situation’ dan Tips pikat hati Isteri. 

Kami pun berbalik kepada misi utama kami iaitu ‘Menyelam’. Kami akan parking di tempat rahsia kami dibelakang kedai perabot (dimana sekarang tidak lagi rahsia) dan melalui satu lorong di celah-celah kedai bermulah misi kami.

Pelbagai ilmu aku pelajari disini. Ilmu tawar menawar, win-win situation, nilai market sesuatu barang itu (mengikut tahun dan keadaan) serta pelbagai strategi diturunkan oleh ayah kepada aku. Benarlah kata Malique dalam lagu Mantera Beradu –

‘Ilmu terbaik datangnya dari Jalanan, dari pengalaman Bercakap dan Bersalaman’

Setelah puas menyelam, kami akan ‘pick-up’ ibu di Mall dan kami segera menyempurnakan misi ke-2 kami iaitu makan ‘Nasi Ganja’ dimana aku akan cerita dalam Entry lain kali.



Hari ini aku berpeluang ke Loken bersama Housemate aku untuk meneruskan tradisi ayah Pagi Selam Tengah Hari Nasi Ganja.!

Selaman di Loken dan Tawar Menawar berlangsung seperti biasa tanpa gentar Cuma sedikit kurang tanpa Ayah.



Dengan keadaan ekonomi diri yang tidak seberapa ditambah pula Mara tak masuk-masuk lagi aku mengambil keputusan untuk hanya membeli mainan Happy Meal Disney Goofy bagi mencukupi koleksi Disney Three Musketeer aku.

Aku terpaksa melepaskan Poster Kayu David Beckham dan Hotwheel Ford Escort Rally Eddition dimana keduanya amat penting dalam hidup aku.

Setelah selesai menyelam bersama kawan-kawan kami pun meneruskan perjalanan ke Nasi Ganja, tetapi sayangnya panjang orang yang beratur untuk mendapatkan nasi sepanjang tiga buah kedai !

Kami pun mengambil keputusan untuk makan di port kegemaran kami iaitu di Kedai Alifullah di Ashby Road (seberang Angsana Mall)

Pembelanjaan aku hari ini –

Goofy Musketeer - Rm3 (sebelum tawar Rm5)
Air Kelapa cawan besar - Rm2
Nasi Goreng USA di Kedai Aliffullah Ashby Road - Rm4
Jus Epal Assam Boi – Rm1.50

Alhamdulillah
Semoga berjumpa di dalam Entry yang lain,

Hakim Eldy
Taiping Pickers

Rumah Sewa Taman Cempaka 

Saturday, October 1, 2016

Restaurant Haji Sharin Low Grand

Restaurant Haji Sharin Low Grand, Ipoh, Perak.



Assalam setelah lama tak menulis, hari ni terasa nak menulis balik.

Pertama sekali, syukur ke atas Allah S.W.T keatas nikmat pinjaman ini. Bersyukur juga kedua ibu bapa ku masih sihat walaupun ayah dikejarkan ke hospital baru ini kerana dahi terkoyak disebabkan jatuh dan terhantuk dekat rak buku. Ditambah pula ayah kekurangan darah dlm badan. Tapi walaubagaimanapun Alhamdulilllah ayah kembali mengajar seperti biasa setelah discharge dari hospital.

Minggu ni aku tidak berpeluang pulang ke Kamunting dek kerana assignment yang menimbun. Jadi ayah dan ibu datang melawat aku dengan membawa stok bekalan nak hidup seperti maggi, milo, biskut dll.  Ditambah pula ayah bwk roadtax baru sbb roadtax ex5 aku dah mati dan geran pulak ade dekat taiping.



So mcm biasa, bila datang jumpa aku, ibu bapa aku mesti bawak keluar makan sekali. Kali ni ayah bawa kami makan dekat kedai Chinese cuisine sebab ayah rindu nak makan Prawn Butter. Family aku suka jugak mknn Chinese cuisine ni, bnyk dah kami try, salah satu kedai yg kami makan ialah Radix Oriental Cuisine, boleh refer dekat blog akak ni -  http://halwasakeenah.blogspot.my/2009/11/radix-oriental-cuisine-your-halal.html

 Kedai yang kami makan ni nama dia Restaurant Haji Sharin Low Grand. Kedai ni tak susah pun nak cari. Korang refer je alamat dekat gambar aku post ni.




Okay sebabkan kami tiga orang ja, ibu order simple-simple je 

Ni lauk yang kami order. Air aku tak snap sebab air sama ja kat mana-mana.


Butter Prawn Milk 


Kangkong Belacan


Jiang Chong Fried Chicken


Harga setiap hidangan (tidak termasuk jumlah keseluruhan dan GST)

Butter Prawn Milk – Rm28.00

Jiang Chong Fried Chicken – Rm18.00

Kangkong Belacan – 10.00

White Rice x 3 – Rm4.50

Chiness Tea (pilihan ayah) – 2.00

Carrot Milk Juice  (pilihan saya)– 4.50

Water (saya lagi)– 0.50

Asam Boi Kastum (pilihan ibu)– 4.50

Teh Tarik  (pilihan ibu, tapi saya yang perabih)  – 2.00



Walaubagaimana hari ini terasa sedikit tidak best disebabkan Ayah yang tidak beberapa sihat. Ayah makan sesuap dua sahaja, padahal dia yang beria nak makan dekat sini.

Ya Allah, sembuhkahlah segala penyakit yang dihidapi oleh ibu dan ayah, kuatkan lah mereka dalam menjalani hidup mencari rezeki untuk membesarkan ku. Mempermudahkan segala urusan dan murahkan lah rezeki kami. Kuatkanlah  juga aku untuk belajar demi ingin membela kedua ibu bapa ku di hari kelak.

Yang benar
Hakim Eldy
Brother Kuat Makan