Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Sunday, October 2, 2016

Pasar Karat | Memory Lane | Loken IPOH, PERAK.





Pasar Karat | Memory Lane | Loken IPOH, PERAK.

Assalam,

Syukur ke hadrat Illahi di atas dunia pinjaman yang serba serbi indah ini.

Aku dibesarkan dalam family yang minat 'mengumpul'. Pelbagai benda kami kumpul, tidak tetumpu pada satu jenis sahaja. Hobi ni disemai oleh bapa aku sejak dari kecil lagi. Hari minggu kami dipenuhi dengan transaksi keluar masuk pelbagai barang. Sehinggakan loteng di bilik lama aku tidak ubah seperti dalam cerita ‘The Pickers’. Sebenarnya ni hobi aku dan ayah sahaja, ibu tidak beberapa gemar barang lama ini dek kerana ia sedikit makan ruang di rumah kecil kami.

Kami juga menjual beli barang-barang collector kami. Bak kata Ayah ‘Setiap barang ada Harganya’ (jika kena harga, Jalan.!)
Boleh lawat di blog kami - http://taipingpickers.blogspot.com/ ataupun di Fb kami – Taiping Pickers

Kalau kami ke Penang sahaja, destinasi yang wajib kami pergi ialah ke Rope Walk, belakang Stadium Penang. Cuma sekarang ni Rope Walk sedikit ‘kureng’ disebabkan oleh kemasukan barang-barang baru dari China.

Kami juga berkesempatan ‘menyelam’ di Amcorp Mall, Kuala Lumpur. Barang disini sedikit mahal kalau dibandingkan dengan Loken dan Rope Walk cuma lebih selesa kerana bertapak di dalam Mall. Cerita lanjut  tentang Amcorp Mall korang boleh lawat blog Ayah aku - http://orangkecilorangbesar.blogspot.my/2013/10/amcorp-mall-pj-flea-market-pasar-karat.html
Jalan Raja Boat KL pun best jgk kalau nak ‘menyelam’ ni, cuma aku masih tidak berpeluang ke sana.

Okay berbalik kepada Loken, pagi Ahad kalau rajin ditambah pula tiada kerja dan tiada kenduri untuk dihadiri kami akan ke Loken, Ipoh atau juga dikenali sebagai Pasar Karat / Memory Lane. Mengikut cerita Ayah, Memory Lane ini dikenali sebagai Loken disebabkan terdapat kedai yang bernama ‘Lookin Good’ berhampirannya sekitar tahun 80-an. Ketika itu Ayah bersekolah di Sekolah Izzudin Shah (1980-84).

Setibanya kami di Ipoh, ayah akan membawa kami makan di Food Court berhadapan Masjid Negeri Ipoh untuk bersarapan. Roti Bakar bersama 2 biji telur goyang sudah semestinya pilihan kami. Setelah sudah bersarapan Ayah akan menghantar ibu ke Mall pilihan ibu, sama ada Ipoh Parade, Jaya Jusco (Aeon Kinta) ataupun Greentown Mall (Angsana Mall) kerana ibu tidak beberapa gemar menyelam bersama kami,

Disini aku sudah belajar ilmu pertama oleh bapa aku. ‘Win-win Situation’ dan Tips pikat hati Isteri. 

Kami pun berbalik kepada misi utama kami iaitu ‘Menyelam’. Kami akan parking di tempat rahsia kami dibelakang kedai perabot (dimana sekarang tidak lagi rahsia) dan melalui satu lorong di celah-celah kedai bermulah misi kami.

Pelbagai ilmu aku pelajari disini. Ilmu tawar menawar, win-win situation, nilai market sesuatu barang itu (mengikut tahun dan keadaan) serta pelbagai strategi diturunkan oleh ayah kepada aku. Benarlah kata Malique dalam lagu Mantera Beradu –

‘Ilmu terbaik datangnya dari Jalanan, dari pengalaman Bercakap dan Bersalaman’

Setelah puas menyelam, kami akan ‘pick-up’ ibu di Mall dan kami segera menyempurnakan misi ke-2 kami iaitu makan ‘Nasi Ganja’ dimana aku akan cerita dalam Entry lain kali.



Hari ini aku berpeluang ke Loken bersama Housemate aku untuk meneruskan tradisi ayah Pagi Selam Tengah Hari Nasi Ganja.!

Selaman di Loken dan Tawar Menawar berlangsung seperti biasa tanpa gentar Cuma sedikit kurang tanpa Ayah.



Dengan keadaan ekonomi diri yang tidak seberapa ditambah pula Mara tak masuk-masuk lagi aku mengambil keputusan untuk hanya membeli mainan Happy Meal Disney Goofy bagi mencukupi koleksi Disney Three Musketeer aku.

Aku terpaksa melepaskan Poster Kayu David Beckham dan Hotwheel Ford Escort Rally Eddition dimana keduanya amat penting dalam hidup aku.

Setelah selesai menyelam bersama kawan-kawan kami pun meneruskan perjalanan ke Nasi Ganja, tetapi sayangnya panjang orang yang beratur untuk mendapatkan nasi sepanjang tiga buah kedai !

Kami pun mengambil keputusan untuk makan di port kegemaran kami iaitu di Kedai Alifullah di Ashby Road (seberang Angsana Mall)

Pembelanjaan aku hari ini –

Goofy Musketeer - Rm3 (sebelum tawar Rm5)
Air Kelapa cawan besar - Rm2
Nasi Goreng USA di Kedai Aliffullah Ashby Road - Rm4
Jus Epal Assam Boi – Rm1.50

Alhamdulillah
Semoga berjumpa di dalam Entry yang lain,

Hakim Eldy
Taiping Pickers

Rumah Sewa Taman Cempaka 

Friday, July 26, 2013

Bapakku dan Kuala Lumpur


Bapakku dan Kuala Lumpur

Disebabkan bapa aku seorang pensyarah yg x mngjr kt Universiti, actually aku pun x paham, mungkin bapa aku ni James Bond kot, Pensyarah tu cover je kot, hahaha, bapa ak selalu mengajar dekat KL, Penang, and sometime kat Langkawi & Miri. Dulu time aku x duk asrama ak rajin la ikut dia, hampir tiap2 minggu. Sekarang dah duk asrama, payah sikit lah..

Ok bila ak ikut dia mngjr dkt KL ak ngn mak ak duk Quality Hotel Jalan Raja Laut. Ak mmng familiar la ngn hotel ni, sampai bellboy semua ak kenal, hotel ni pun best, pool, gym dll. So bagi mak ak, shopping pekara wajib dia la, SOGO, SEMUA HOUSE, JAKEL, ak la slalu jadi mangsa bawa barang, haha. =)

Yang tu siang, bila malam, bapa ak pun dh abh mngjr, time ni yg seronok, cousin ak plak slalu dtng, pekara yg wajib dilakukan, rutin sama ja,

-Yang ni kat Sogo Food Court, gambar lama, skrg rambut gua dah pnjng lah, cermn mata playboy plak..hahaha


-Pergi Pertama Kompleks tngk MECINDA. tngk je la, mahal.. huhuhu
-Tngk orang BUSKING kat dpn SOGO, suara dia pergh.. nak cari bakat mai sini la, x perlu bukak audition,
-Makan 'cucuk-cucuk' dpn SOGO,
-Pergi pasar malam, JALAN TAR, sesak weyh.
-Malam sikit... yang ni paling best.. duduk kat kedai mamak LOTUS, maggi goreng, teh o ais limau, sambil tengok orang race, KIPS, RXZ, 125..ok gua jiwa rider la..


Ni la sebabnya ak suka KL, n ak dh nekad nak pndh KL lepas abh SPM ni.. ingat nak hidup mcm bapa ak time dia muda, tapi dia tak kasi, dia suruh ak sambung blaja, but still boley main moto, Time bapa ak muda dia sewa rumah kat Taman Tun, main moto, Yamaha RS moto pertama dia, kerja ngn Majalah Roda-Roda, first time bawa superbike milik arwah bos dia, Arwah MYB,  Kawasaki GPZ no plat BCC 9077. Ade geng moto, geng Tabung Haji, Daya Bumi belakon filem Pelumba Malam, hidup mcm ni baru stail. Baru baru ni plak, dia buat gathering geng2 moto dia dulu kt Satay Kajang dkt Kompleks Mara, ak plak ikut. Pergh..makin x sabar nak besar la..
-Ni moto Ninja GPZ900R yg pernah dimiliki oleh Arwah MYB yg sekarang milik bro Amy ni. Superbike pertama yg bapa aku bawa. Nanti aku kaya nanti aku nak beli moto ni dari bro Amy ni.. letak kat umah ak buat barang memorial.


-Ni plak Perarakan Hari Belia 1987 KL, bapa ak sbelah bahu kiri Arwah MYB, (stail rambut pak ak time tu, patut mak ak suka. =) haha)
-Yang ni time dia nak stop main moto dah, kira Suzuki ni antara moto terakhir dia la. 
-Bapa ak masih rider la, hahaha, Alhamdulilah tahun ni dia nak main moto balik.
Hijau tu bapa ak, Lukman b Wan Mat Daud a.k.a Eldy


So, entry kali ni, cerita pasal bapa ak ngan KL la. Sempena Hari Bapa yg ak terlepas nk celebrate tahun ni, hostel ak puya pasal la, dah la x de outing, x de life betul. Bapa ak ialah idola ak, kawan ak, hero ak, n segala galanya,. Insyallah next entry ak cite pasal Mak ak plak, Sempena Hari Ibu yg ak TERLEPAS JUGAK.!

Ak harap... Hidup ak jugk stail mcm bapak aku.. boley la ak cite kat anak ak plak nanti. =)

Doakan aku,
 HAKIM ELDY 

Thursday, May 23, 2013

Anak Perantauan di Pulau Pinang

Anak Perantauan di Pulau Pinang

Penang Road at 4am

28 April 2013, minggu balik hostel, demi lepas GERAM kat WARDEN yang MANSUHKAN OUTING, aku telah mengambil kesempatan bekorban tak balik Perak and stay kat Penang. Thnks to Danail Hakimi, member baru aku kerana bagi aku dan member aku sorang lagi, Aidil Fakhrul, tumpang tidur kat rumah dia, memang first class la, bukan setakat bed and breakfast ja, ngan dinner skali...dapat jugak merasa OUTING kt Penang...Tengah hari sampai Petang aku lepak kat QueensBay, dapat kenal member baru yg sporting, Nasarudin, malam plak balik mandi dinner solat, kul 12 kluar balik tengok IRON MAN 3 kat First Avenue, sit second bawah skali, sakit tengkuk giler..abih movie, lepak makan kat 'ABU' kena roti canai double ngan teh o ais limau, time balik tngk pulak gelagat manusia pasang bendera untuk meraih undi...memang kenangan yang best la... never forget it =)

Sincerly,

HAKIM ELDY

Saturday, May 4, 2013

Boys, cannot leave without their phone



Boys, cannot leave without their phone- its true..
Atas - kiri AMIRUL SYAFIQ, GALAXY CHAT, kanan ALIF, GALAXY CHAMP
Bawah - kiri gua HAKIM ELDY, GALAXY YOUNG, kanan AIDIL tapi sekarang gua panggil ZACK, GALAXY YOUNG

Henpon, wallet dan jam, satu kewajipan yg perlu ada bersama setiap masa..lebih lebih lagi henpon..tambah-tambah pulak aplikasi henpon skrng hebat-hebat belaka...tapi sayang..bila start masuk asrama ni, 2 minggu skali atau sebulan skali ja gua pegang phone, kerana phone jugak lah gua clash ngan awek gua...tapi gua x kisah lah, gua MASIH MUDA..haha XD..

Rasa mcm nak pujuk parent gua lah suruh kasi gua bawa phone balik hostel ni..nak call diaorang jugak...doakan gua..

Terima Kasih

HAKIM ELDY

Monday, February 21, 2011

Saturday, June 5, 2010

Hiking to Bukit Larut, 5 June 2010 Sat




Hiking to Bukit Larut, 5 June 2010 Sat




Pondok Satu

Pondok Satu

Pondok Dua

Pondok Dua

Pondok Dua

Pondok Dua

Pondok Dua

Pondok Tiga

Pondok Tiga

Pondok Tiga

Pondok Tiga

Pondok Tiga

Pondok Tiga

Pondok Tiga

Pondok Tiga




Tea Garden

Tea Garden

Tea Garden



Pondok Empat