Me and my motor – ii
Sebab kenapa aku begitu minat dalam dunia motorsports.
Semenjak dari kecil lagi, malah semasa dalam kandungan ibuku lagi, aku sentiasa mengikuti bapa aku ke mana sahaja pengelibatan nya dengan motorsport. termasuk ke Thailand. Cuma luar dari Thailand sahaja agar sukar bapa aku untuk membawa anak dan isteri nya….Kelahiranku pada usia kurang dari 7 bulan, ke muka bumi ini juga pada sehari selepas ibu bapa aku kembali dari suatu rally di Chuping.
Mungkin disebabkan itu, minatku terhadap kenderaan berenjin terutamanya motorsikal berkuasa tinggi dan arena motorsport begitu ketara sekali.
Harap-harap aku tidak menyalahgunakan minat tersebut ke jalan yang tidak sepatutnya.
Aku yang menentukannya.
Bersama Dr Zaini Shaarani bekas rakan sekerja dan juga rakyat Malaysia pertama menyertai 4x4 Camel Trophy. Di belakangnya ialah LR Defender 90 Work Horse beliau
Hakim The Rookie